Buletin

CITROEN C4 & C4 X BAHARU – MENERUSKAN LEGASI PLAT NAMA C4 UNTUK SEGMEN C

Citroen telah memperkenalkan model Citroen C4 dan juga Citroen C4 X terkini bersempena dengan Paris Motor Show 2024 untuk mengukuhkan jenama itu dalam kenderaan segmen. Setelah memperbaharu rupa bentuk model dalam segme B seperti model C3 Baharu dan C3 Aircross Baharu, kini dah sampai ketikanya Citroen memperbaharui pula untuk segmen C.

Untuk rekod, plat nama C4 ini terlebih dahulu menemui pasaran pada tahun 2004 dengan sebagai model Hatchback / Coupe ketika itu untuk generasi pertama. Namun ianya telah berevolusi kepada sebuah SUV Coupe ketika generasi ketiga diperkenalkan pada tahun 2020.

Dan kini Citroen mempertaruhkan C4 dan C4 X semula model ini dengan penampilan dan penggayaan terkini daripada Citroen. Seperti saudaranya C3, Citroen C4 kini mendapat rekaan gril baharu yang berkilat dengan logo terkini Citroen yang model digunakan. Ianya diapit oleh lampu hadapan LED baharu yang lebih kecil.

Rekaan bahagian belakang untuk model C4 ini telah menerima sedikit perubahan berbanding model sebelumnya dengan rekaan baharu untuk bampar lampu utama dan juga perkataan Citroen di tengah yang tampil sedikit sporty. Manakala untuk model C4 X ini menampilkan ciri gaya fastback yang lebih ringkas tetapi cukup menarik.

Melengkapkan penampilan luaran untuk model C4 dan C4 X ini adalah penggunaan roda Amber bersaiz 18 inci baharu. Reka bentuk rim yang aerodinamik mudah untuk dilihat, tetapi juga sebenarnya turut menyumbang kepada penggunaan tenaga yang lebih baik.

Menambahkan seri rupa luaran C4 dan C4 X ini adalah penambahan warna baharu ke dalam katalog, Manhattan Green dan juga Mercury Grey dan juga warna Eclipse Blue yang turut telah dilancarkan sebelumnya.

Bahagian kabin kini turut dipertingkatkan tahap keselesaannya dengan tempat duduk Citroën Advanced Comfort yang direka semula. Paparan instrumen untuk pemandu kini bersaiz 7 inci serta paparan sistem infohiburan bersaiz 10 inci.

Trenkuasa 1.2 30 EAT8 turbo PureTech dengan kuasa 130 HP dan kotak gear automatik lapan kelajuan akan turut dijual berserta dengan pilihan trenkuasa Hybrid 136 (C4 X) dan Hybrid 100 (C4). Paling penting untuk pencinta alam, varian ë-C4 and ë-C4X juga akan turut ditawarkan dengan keupayaan bergerak sehingga 415 km (C4) dan 425 km (C4 X).

BACA : CITTROEN C4 BAHARU – APA PASAL DAH NAMPAK MACAM SUV PULA SEKARANG NI?

BACA : CITROEN C4 ARICROSS 2025 – SUV URBAN YANG TUNGGU MASA AJA UNTUK DIJUAL

Google ads

B K

Back to top button