PENGARAH FILEM HOLLYWOOD TUDUH ELON MUSK CURI REKAAN BELIAU – PANAS NI
Sama seperti berita-berita Tesla sebelum ini yang penuh kontroversi. Kali ini pun sama. Acara “We, Robot” Tesla yang mendedahkan Cybercab baru mereka sekali lagi dilanda kontroversi bila ia didakwa meniru kenderaan-kenderaan yang pernah muncul dalam filem “I, Robot” lakonan Will Smith pada awal tahun 2,000 dahulu.
Pada acara yang sama Tesla turut menunjukkan Robovan yang boleh memuatkan 20 penumpang pada satu masa selain robot-robot Optimus terbaru mereka. Ketiga-ketiga watak baharu Tesla ini mencetuskan perbalahan dalam talian kerana dikatakan menyamai ‘watak-watak’ dalam filem popular tersebut.
Sebenarnya dilihat pada acara tersebut juga ia jelas mengambil inspirasi dari filem “I-Robot” yang memberi amaran kepada manusia sejagat tentang bahaya AI dan robot-robot ciptaan manusia.
Mungkin ia sekadar memberi penghormatan kepada filem tersebut tapi pengarah filem tersebut, Alex Proyas telah mendakwa Musk mencuri rekaan beliau. Proyas dengan selamba bertanya “Hey Elon, Can I have my designs back, please?” di laman media sosial X milik Musk.
Dakwaan Proyas ada asasnya sebab kedua kenderaan tu nampak sama betul dengan dalam filem lebih-lebih lagi yang macam bas tu. Cybertaxi tak ada la nampak sama sangat.
Menurut The Hollywood Reporter, bukan hanya Proyas yang berpendapat Musk meniru idea filem tersebut. Matt Granger yang merupakan pembantu kepada Proyas turut mengutuk Musk dan memuat naik mesej mencarut yang kemudian dipadamkan. Ooo takut juga eh.