Artikel Pilihan

CITROEN C4 BAHARU – APA PASAL DAH NAMPAK MACAM SUV PULA SEKARANG NI?

Citroen C4 ini sememangnya antara merupakan model penting dalam katalog Citroen kepada pembeli di Eropah. Dia punya penting sampaikan Citroen angkat darjat dan martabat model ini dengan menjadikannya sebagai sebuah model WRC lama ketika dahulu. Tapi untuk zaman moden ini, Citroen sekali lagi cuba memberikan kelainan terhadap jenama C4 ini apabila rekaan baharu untuk generasi ketiga ini persis seperti sebuah SUV / Crossover gayanya.

Memang benar, rekaan Citroen C4 ini masih lagi ber-rekabentuk-an gaya hatchback, sama seperti dua generasi sebelumnya. Namun kini ianya telah diberikan imej sebuah Aircross SUV, sama seperti model C3 dan juga C5. Mungkin sekadar mengikut arus semasa yang lebih menggemari imej kenderaan urban, iaitu gaya SUV.

Generasi ketiga Citroen C4 ini sebetulnya telah dilancarkan pada tahun lepas. Kali ini rekaan muka hadapan C4 sememangnya kelihatan sedikit garang dan moden, sejajar dengan zaman ini. Duduk di bahagian atas adalah lampu DRL yang kelihatan seperti bersambung dengan gril milik Citroen. Manakala lampu utamanya kali ini terletak di bahagian bawah. Manakala di bahagian bampar yang kelihatan sangat SUV, turut mempunyai lampu kabus. Menariknya ketiga – tiga lampu ini menggunakan 100% LED milik Citroën LED Vision.

Rekaan yang berani ni turut diteruskan di bahagian belakang C4 ini. Terutamanya membabitkan rekaan bahagian bonet yang kelihatan tinggi dan mendatar serta mempunyai garisan melengkung, sama seperti rekaan C5 Aircross SUV. Memang nampak aerodinamik betullah orang kata. Dibahagian bawah bampar diliputi dengan plastik body clading yang turut bersambung dari sisi badan.

Walau pun bahagian luaran C4 ini kelihatan sangat moden, tapi dibahagian papan pemukanya kelihatan agak minimalis, tetapi masih moden. Berdiri tegak di atas corong pendingin hawa adalah sistem infohiburan bersaiz 10 inci yang nipis dengan beberapa ciri wajib seperti ketersambungan Apple Car Play dan juga Android. Sistem nagivagasi tersedia bina dalam adalah jenis 3D, lebih jelas nak melihat simpang jalan mahupun destinasi yang ingin ditujui.

Dari segi trenkuasa, pilihan yang ada kepada pembeli adalah terdiri daripada enjin Euro 6D Petrol seperti PureTech 100 S&S 6 kelajuan manual, PureTech 130 S&S 6 kelajuan manual, PureTech 130 S&S EAT8 Auto, PureTech 155 S&S EAT8 Auto dan juga PureTech 155 EAT8 Auto. Pilihan enjin diesel turut ditawarkan. Tapi paling menarik, sudah tentulah model 100% elektrik yang menggunakan bateri 50 kWh dengan kuasa 136 HP (100kW).

Sejujurnya, BK juga menyukai rekaan sebegini. Jikalau SUV sebenar, sudah tentu ianya mempunyai ketinggian yang lebih tinggi yang mana menyukarkan urusan keluar masuk, melainkan kena pasang escalator. Tapi dengan rekaan sebegini, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Ianya cukup selesa untuk keluar masuk kenderaan. Dan walau pun Citroen C4 ini mempunyai ciri sebuah Aircross SUV, namun sebenarnya Citroen menafsirkannya sebagai sebuah model hatchack.

BACA : KONSEP CACTUS & AIRCROSS CITROEN

BACA : CITROEN AMI. KERETA MIKRO YANG TIDAK PERLUKAN LESEN MEMANDU. AMIK KAU

Google ads

B K

Back to top button