
XIAOMI SU7 DIPAMERKAN DI SURIA KLCC – VARIAN MAX, JARAK GERAK 800KM, JANA KUASA 663HP
Jenama automotif baharu dari China, Beijing Xiaomi, hari ini mempamerkan model elektrik pertamanya iaitu Xiaomi SU7 di Malaysia.
Xiaomi SU7 dijual pada harga bermula AS$29,900 (RM141,262), lebih murah berbanding model Tesla Model 3, yang diberi tanda harga AS$34,000 (RM160,576) di China.
Xiaomi SU7 ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Pro atau Max tetapi, Xiaomi SU7 yang ditunjukkan di Malaysia adalah model varian Max sahaja.

Dari segi dimensi, ia mempunyai ukuran panjang 4,997mm, lebar 1,963mm dan jarak roda 3,000mm.
SU7 Max dimuatkan dengan skrin kawalan tengah 16.1-inci dengan resolusi 3k, panel instrumen 7.1-inci dan dua skrin di belakang untuk penumpang – tablet Xiaomi yang dipanggil Mi Pads.
Sementara, sistem navigasi boleh ditayangkan pada 56-inci HUD, manakala sistem operasi kokpit HyperOS dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 8295.

Sistem pemanduan automatik (ADAS), Xiaomi Pilot pula dikuasakan oleh dua cip Nvidia Orin-X dengan kuasa pengkomputeran 508 TOPs.
Selain itu, pembeli mendapat pilihan rim 19 atau 20-inci dan juga boleh memesan kereta dengan sensor Lidar, yang terletak di belakang cermin depan untuk menyediakan ciri bantuan pemandu tercanggih
Perincian spesifikasi Xiaomi di China adalah seperti berikut:

Xiaomi SU7 Standard
- Jarak gerak 700 km CLTC
- 73.6kWh BYD LFP Blade battery
- 400V architecture (486V)
- Boleh dicas 350km dalam 15 minit
- RWD, 295hp, 400Nm tork, motor tunggal
- Xiaomi Pilot Pro ADAS
- AS$29,900 (RM141,262)
Xiaomi SU7 Pro
- Jarak gerak 830km CLTC
- 94.3kWh CATL Shenxing battery (LFP)
- 400V architecture (486V)
- RWD, 295hp, 400Nm tork
- AS$34,000 (RM160,576)
Xiaomi SU7 Max Performance
- Jarak gerak 800km CLTC
- 101kWh CATL Qilin (NMC)
- 800V architecture (871V)
- Xiaomi Pilot Max ADAS
- AWD, 663hp, 838Nm tork, dual motor
- AS$41,500 (RM195,994)
Untuk makluman anda, kereta tersebut akan dipaparkan sepanjang siri jelajah Xiaomi 14T yang berlangsung dari 16-20 Oktober di Center Court, Suria KLCC.
Mana-mana pelanggan yang membeli siri Xiaomi 14T akan diberi laluan keutamaan untuk melihat Xiaomi SU7.
GALERI:
























- BACA: CITROEN C4 & C4 X BAHARU – MENERUSKAN LEGASI PLAT NAMA C4 UNTUK SEGMEN C
- BACA: PENGARAH FILEM HOLLYWOOD TUDUH ELON MUSK CURI REKAAN BELIAU – PANAS NI
- BACA: MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA RASMI PUSAT 3S BAHARU DI TERENGGANU
- BACA: TESLA CYBERCAB DILANCARKAN TAPI SAHAM TESLA JATUH 9 PERATUS – APA YANG TERJADI?









