Buletin

CONTINENTAL ANJUR KARNIVAL YOUR WHEE-LY FUN DAY PADA 3 HUJUNG MINGGU 

Continental Tyres PJ Malaysia Sdn Bhd (CTM) buat julung-julung kalinyanya menganjurkan karnival melibatkan pengguna. Karnival itu berlangsung selama tiga hujung minggu di Semenanjung Malaysia. 

Acara pertama diadakan di Auto City Juru, Pulau Pinang pada semalam dan hari ini (6-7 Mei). Diikuti di pusat membeli-belah 1Utama pada 13 dan 14 Mei, sebelum berakhir di Angsana Mall, Johor Bahru pada 20 dan 21 Mei 2017.

Your Whee-lly Fun Day itu bakal melibatkan pelbagai aktiviti menarik seperti ruang khas untuk kanak-kanak dan wanita. Mereka boleh mengambil bahagian dalam beberapa cabaran untuk memenangi banyak hadiah menarik.

Dengan pembelian minimum mana-mana dua tayar Continental mulai 1 April, pengunjung akan mendapat pengalaman pemanduan eksklusif di acara tersebut, selain layak untuk cabutan bertuah.

Tayar ComfortContact CC6 dan UltraContact UC6 baharu akan dipamerkan bagi membolehkan orang ramai mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri uniknya. Pemeriksaan tayar secara percuma ada dijalankan oleh krew berpengalaman Continental. Pengunjung juga boleh membeli tayar jika sudah tiba masa tayar mereka diganti.

Bagi memeriahkan lagi suasana karnival, pasukan troopers radio Hot FM dan ONE FM akan memberikan hadiah istimewa kepada orang ramai.

“Kami mahu berinteraksi dengan pelanggan secara lebih personal. Jadi, program Your Whee-lly Fun Day berperanan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan tayar menerusi pendekatan yang lebih informatif dan menyeronokkan,” kata Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Cameron Wilson.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button