Buletin

ALAMI TOYOTA GO SEPANJANG MEI INI 

Siri jelajah Toyota GO 2017 yang bermula pada awal April di Aeon Kinta City, Ipoh akan diteruskan sepanjang bulan Mei ini. Acara anjuran UMW Toyota Motor itu bertujuan membawakan rangkaian kenderaan terkini Toyota lebih dekat kepada orang ramai. 

“Ribuan pengunjung telah datang ke acara TOYOTA GO 2017 di Ipoh. Selain pameran kenderaan terkini Toyota, kami juga ada menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan peluang memenangi hadiah menarik untuk seisi keluarga,” kata Presiden, UMW Toyota Motor, Ravindran Kurusamy.

Sepanjang Mei, TOYOTA GO 2017 akan berlangsung di tujuh lokasi, termasuk tiga di Malaysia Timur. Jadualnya adalah seperti berikut:

No. Bulan Tarikh Masa Wilayah Lokasi
1 May 6-7 10am – 10pm Tengah AEON Mall, Shah Alam
2 6-7 10am – 10pm Selatan Angsana Mall, Johor Bahru
3 6-7 9am – 9pm Sarawak Boulevard Mall Outdoor Carpark, Miri
4 12-13 10am – 10pm Pantai Timur AEON Mall, Kota Bharu
5 13-14 9am – 9pm Sarawak Sibu Gateway, Sibu
6 20-21 10am – 10pm Pantai Timur Stadium Darul Makmur, Kuantan
7 20-21 9am – 9pm Sarawak Travillion, Kuching

Sesi pandu uji disediakan untuk semua model, termasuklah MPV Sienta dan trak pikap Hilux.

TOYOTA GO 2017 juga menjadi satu pusat sehenti untuk pemilik kenderaan Toyota dan mereka yang ingin membelinya. Penasihat jualan akan menyediakan maklumat terperinci mengenai pakej pembiayaan. Manakala TopMark menawarkan kenderaan Toyota terpakai berkualiti dan menilai kereta pelanggan bagi tujuan trade-in.

Pemilik kenderaan Toyota sedia ada boleh mengetahui lebih lanjut tentang 10 faedah daripada UMW Toyota Motor. Ia merangkumi pakej Careplus untuk penyelenggaraan serta perkhidmatan badan dan cat. Pelanggan boleh menukar modul inflator beg udara Takata di lokasi-lokasi terbabit.

Maklumat lanjut mengenai TOYOTA GO 2017, sila layari laman web: Toyota.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button