Buletin

PROTON ANJUR KEMPEN KESELAMATAN KANAK2, TEMPOH PROMOSI VALUE 5 DILANJUTKAN HINGGA 31 MEI

PROTON memulakan kempen bertujuan untuk memberi penekanan terhadap kepentingan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak bagi perlindungan dan keselamatan yang sewajarnya serta ketenangan fikiran ketika memandu. Untuk menekankan lagi kepentingannya, PROTON menyerahkan sebanyak 3 buah kerusi kereta kanakkanak kepada 3 pelanggan terawal, selari dengan promosi perayaan yang kini sedang berlangsung dari 1 – 31 Mei 2017. 

Acara telah berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara, Selangor.  Pelanggan boleh mendapatkan Kerusi Kereta Kanak-kanak beserta Isofix yang mendapat pengesahan keselamatan (pematuhan ECE R44/04) bernilai RM1,000 pada harga hanya RM299, dengan setiap pembelian kereta Proton.

BACA: PROTON AMAZING VALUE 5

Dalam acara yang berlangsung sebentar tadi turut diadakan majlis peempaian hadiah mingguan dan bulanan. Seiring dengan slogan Syarikat iaitu It’s in the Drive, peraduan ini merupakan antara usaha untuk menggalakkan para pelanggan memandu uji kereta-kereta Proton, bagi merasai pengalaman pemanduan kereta-kereta tersebut dan pada masa yang sama mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ciri-ciri yang terdapat pada kereta Proton terutamanya ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif yang menjadikan kereta tersebut menerima penarafan keselamatan 4 dan 5 bintang dari ANCAP dan ASEAN ANCAP.

Hadiah bernilai RM7,000 untuk dimenangi setiap bulan, termasuk 2 pemenang mingguan bagi kad petrol bernilai RM500 setiap satu dan seorang pemenang bulanan yang akan menerima wang tunai bernilai RM3,000. Pelanggan hanya perlu membuat temujanji untuk memandu uji kereta Proton melalui aplikasi mudah alih MyProton di lokasi dan masa yang dipilih atau kunjungi mana-mana cawangan Proton atau lokasi siri jelajah Proton yang menawarkan unit pandu uji. Tulis slogan yang kreatif mengenai pengalaman pemanduan tidak melebihi 20 patah perkataan untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah mingguan dan bulanan.

Senarai pemenang bagi April adalah seperti berikut;

1. [email protected] Bin Tatu, dari Sabah (pemenang bulanan)

2. Shahrizal Bin Shafii, dari Kedah (pemenang mingguan)

3. Izyan Nadirah Dzulkifli, dari Selangor (pemenang mingguan)

Encik Pasiman @ Clarence Bin Tatu akan menerima tunai RM3,000 di cawangan PROTON di Sabah manakala pemenang-pemenang mingguan, Encik Shahrizal Bin Shafii dan Puan Izyan Nadirah Dzulkifli, menerima kad petrol bernilai RM500 setiap satu dalam majlis yang diadakan di The Curve tadi.

Sebagai tambahan kepada Kempen 5 NIlai Hebat Proton, promosi dilanjutkan lagi hingga penghujung Mei 2017 dengan beberapa ciri tambahan yang lebih menarik.

a) Bonus perayaan sebanyak RM500 – Sah bagi semua kereta Proton yang dibeli pada Mei 2017
b) Bonus kesetiaan sebanyak RM1,000 – Sah bagi semua kereta Proton yang dibeli pada Mei 2017. Promosi ini dibuka kepada semua pengguna berdaftar serta ahli keluarga terdekat (Ayah, Ibu, Suami/Isteri, Anak-anak) kepada pemilik kereta Proton yang sah. Contohnya Seorang ayah memiliki sebuah kereta Proton dan anaknya berhasrat untuk membeli sebuah kereta Proton pada bulan Mei. Anaknya layak untuk menerima bonus kesetiaan sebanyak RM1,000. Pembeli tersebut akan mendapat bonus sebanyak RM1,500.

Google ads
Back to top button