Buletin

COVID 19: POLIS BATALKAN PERINTAH LARANGAN PERGERAKAN

Selepas pihak kerajaan mengumumkan bahawa mana-mana pihak yang ingin keluar dari daerah ataupun negeri memerlukan kebenaran khas dari pihak polis semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengumumkan perintah larangan tersebut telah ditarik balik pada pukul 11 malam semalam.

Larangan yang dibuat tersebut pada asalnya bertujuan untuk mengekang penularan wabak COVID 19 daripada terus merebak selepas Malaysia mengalami peningkatan pesakit secara mendadak sehingga melebihi 600 pesakit dan terdapat 2 kematian akibat jangkitan tersebut. Larangan tersebut akan diberikan kepada pemohon atas sebab:

  1. Kematian ahli keluarga
  2. Menziarahi ahli keluarga yang sakit tenat
  3. Rawatan perubatan bagi diri sendiri dan ahli kelaurga
  4. Lain-lain perkara atas budi bicara pihak polis

Selepas tular berkenaan larangan pergerakan keluar daripada daerah dan negeri tersebut, rakyat Malaysia berpusu-pusu menyerbu balai polis berdekatan bagi meminta kebenaran untuk. Malah dalam keadaan tersebut majoriti rakyat yang menyerbu balai polis tidak mengenakan penutup muka dan meningkatkan risiko jangkitan COVID-19.

Malah tular pula semalam bahawa pemohon hanya perlu memohon kepada pihak polis melalui aplikasi atas talian yang biasa digunakan untuk poulang ke kampung ketika musim perayaan.

“Sehubungan dengan itu, kami menarik balik larangan itu dan orang ramai boleh melakukan perjalanan dengan selamat, secara berhemah. Tiada sebarang sekatan akan dikenakan ke atas mereka sehingga satu keputusan baru bakal diumumkan selepas mesyuarat berhubung perkara ini” kata Ketua Polis Negara ketika dihubungi semalam

Sumber: Berita Harian

Google ads
Back to top button