Buletin

ŠKODA OCTAVIA GUNA ENJIN 1.0L TSI – 110PS 200NM

ŠKODA adalah sebuah syarikat pengeluar kereta berasal dari Republik Czech. Pada tahun ini, ŠKODA menyambut ulang tahun yang ke-125 dan menjadikannya sebagai satu daripada pengeluar kereta paling lama di dunia. 

ŠKODA sejak 1991 dimiliki oleh Kumpulan Volkswagen dan mempunyai prestasi membanggakan. 

Model keluaran ŠKODA ada sembilan sekarang ini iaitu CITIGO, FABIA, RAPID, SCALA, OCTAVIA, SUPERB, KAMIQ, KAROQ dan KODIAQ.

Satu lagi bukti kejayaan ŠKODA ialah pada tahun 2019 sebanyak 1.24 juta unit kenderaannya telah terjual di serata dunia.

Dalam barisan produk ŠKODA, Octavia adalah model terlaris dengan pengeluaran yang melebihi tujuh juta unit.

Model itu dilancarkan pada tahun 1996 dan generasi keempat Octavia baru sahaja diperkenalkan pada 16 Mac.

Octavia baharu lebih canggih dan mesra alam dengan varian plug-in hibrid dan ada dua lagi pilihan iaitu Octavia iV dan varian berprestasi Octavia vRS iV.

Octavia juga didatangkan dalam gaya badan wagon. Dari gaya badan, Octavia masih setia dengan reka bentuk berkotak tetapi diperhalusi supaya sesuai dengan citarasa semasa.

Untuk pilihan Octavia iV, ia didatangkan dengan enjin 1.4 TSI petrol dan motor elektrik. Kombinasi output kuasanya ialah 204 PS.

Mazda CX30

Dengan kapasiti 37 Ah yang membekalkan tenaga 13 kWh, bateri voltan tinggi lithium-ion membolehkan kereta dipandu dalam mod elektrik sehingga 60 km (kitaran WLTP).

Berikut ialah jenis enjin ŠKODA Octavia baharu:

Petrol

  • 1.0 TSI EVO transmisi enam kelajuan manual – 110 PS dan 200 Nm
  • 1.5 TSI EVO transmisi enam kelajuan manual – 150 PS dan 250 Nm
  • 2.0 TSI tujuh kelajuan DSG 4×4 – 190 PS dan 320 Nm

Diesel

  • Sesaran tunggal 2.0 TDI
  • Transmisi enam kelajuan manual – 116 PS dan 300 Nm
  • Transmisi tujuh kelajuan DSG – 116 PS dan 250 Nm
  • Transmisi enam kelajuan manual – 150 PS dan 340 Nm
  • Transmisi tujuh kelajuan DSG – 150 PS dan 360 Nm
  • Transmisi tujuh kelajuan DSG 4×4 – 150 PS dan 360 Nm
  • Transmisi tujuh kelajuan DSG 4×4 – 200 PS dan 400 Nm

Mild hybrid

  • 1.0 TSI EVO e-TEC transmisi tujuh kelajuan DSG – 110 PS dan 200 Nm
  • 1.5 TSI EVO e-TEC transmisi tujuh kelajuan DSG – 150 PS dan 250 Nm

Plug-in hybrid

  • 1.4 TSI iV transmisi enam kelajuan DSG – 204 PS dan 350 Nm

Dengan pilihan yang meriah, tawaran enjin 1.0 TSI EVO yang dipadan bersama transmisi enam kelajuan manual dengan kuasa 110 PS dan 200 Nm suatu yang mengujakan.

Enjin 1.0 liter kelihatan kecil untuk kereta penumpang namun dengan output kuasa yang ada ia sudah memadai bagi pemanduan harian. 

Satu lagi tawaran menarik ialah transmisi enam kelajuan manual untuk kedua-dua enjin petrol dan diesel kecuali mild hybrid.

Di Eropah nampaknya pilihan transmisi manual masih relevan dan mengasyikkan apabila dipadankan bersama enjin turbo dan diesel turbo.

Ada satu lagi fakta menarik, varian paling pantas ialah Octavia estate (wagon) 2.0 TDI (diesel) dengan transmisi tujuh kelajuan DSG 4×4. 

Kelajuan tertinggi ialah 236 km/j mengatasi 2.0 TSI (petrol) tujuh kelajuan DSG 4×4 dengan 234 km/j juga untuk varian estate.

Tags
Google ads
Back to top button