Artikel Pilihan

CUBAAN MENGISI MINYAK TESLA MODEL S – RATU LAWAK DITEMUI?

Kalau ini cubaan membuat lawak ataupun prank ia memang kelakar habis. Video pemandu wanita cuba mengisi petrol ke Tesla Model S di stesen minyak ni memang akan menceriakan hari anda. Tiada siapa yang tahu di mana ia dirakam tetapi ia mula tersebar di Reddit sebelum muncul di Youtube dan Facebook. Mahu tak viral, bayangkan 3 minit yang penuh kelakar tanpa lawak bodoh yang dibuat-buat.

Video ini dirakam oleh beberapa orang lelaki dalam kereta di belakang dan salah seorang dari mereka kemudiannya membantu menjelaskan keadaan sebenar kepada wanita terbabit. Itupun selepas berair mata ketawa gamaknya. Mungkin lepas ni wanita tu pun akan menggelakkan dirinya sendiri.

Ia bermula dengan aksi kecewa wanita terbabit selepas gagal menemui penutup lubang tangki petrol. Bayangkan beliau berjalan sekeliling kereta sebelum cuba mencari tuil dibahagian dalam untuk membukanya. Tapi memang beliau menemui tuil tersebut.

BACA: PIKAP MERCEDES INI TULEN DAN IA UNTUK DIJUAL

Lawaknya lagi bila beliau cuba mengisi petrol, muncung nozzle tu pula tidak muat dengan lubang tangki ‘petrol’ tersebut. Siap dengan muka tak puas hati beliau masuk lagi dan mencari tuil lain, bonet pulak yang terbuka engkau. Akhirnya beliau memutuskan untuk menelefon bantuan kawan-kawan agaknya.

Selepas 3 minit lebih bergelak ketawa akhirnya salah seorang lelaki dalam kereta keluar menerangkan situasi sebenar kepada wanita terbabit. Cuma satu je masalahnya, macam mana wanita ni boleh tahu yang kereta tersebut hampir kehabisan petrol?

Tags
Google ads
Back to top button