Buletin

VOLKSWAGEN ARTEON 2.0 TSI, PESAING TERDEKAT IALAH GOLF R, BUKAN GOLF GTI

Pada tahun 2009 semasa era populariti Volkswagen di Malaysia sedang memuncak, jenama Jerman ini melancarkan Passat CC. Kereta penumpang ini hadir dengan bentuk segar dan langsung berbeza jika dibandingkan pesaing lain.

CC merujuk kepada perkataan Comfort Coupe dan di situlah terletak keistimewaan kereta ini, bumbung rendah ala kereta sport dan reka bentuk dalaman yang mewah.

Pada awalnya, Passat CC hanya boleh dinaiki oleh empat penumpang disebabkan kerusi belakang dipisahkan dengan konsol tengah. Memang sporti habis sebelum digantikan dengan versi lima penumpang.

Kemudian VW melancarkan pula varian paling sporti dengan enjin mega iaitu Passat CC R-Line 3.6L. Model ini baru boleh dinaiki empat penumpang. Harganya? RM 373, 888 dan agak berpatutan jika dibandingkan dengan sedan sporti Jerman lain.

Pada tahun 2012, VW melancarkan versi facelift dengan nama baharu. Passat hanya untuk Passat, manakala CC pula khusus untuk model coupe empat penumpang ini.

Setelah lama berada di pasaran, VW CC semakin dihimpit pesaing baharu dan akhirnya pada 2016, VW mengumumkan model baharu Arteon. Model ini dilancarkan secara rasmi pada 2018.

Suatu yang menarik apabila VW Passenger Cars Malaysia telah mempertontonkan Arteon pada November lalu di Setia Alam, Selangor.

Katanya Arteon bakal ditawarkan untuk pelanggan di Malaysia pada tahun depan. Bagaimana dengan spesifikasi?

VW terkenal dengan enjin kecil tetapi berkuasa seperti 1.5 TSI dan ia dipasang pada Arteon. Jika saiz tersebut tidak memadai, Arteon 2.0 TSI ini lebih pantas daripada Golf GTI Performance.

Kereta sedan coupe ini berkuasa 272 PS dari 5,100 hingga 6,500 rpm dengan tork 350 Nm. Daya pecutan dari 0 hingga 100 km/j mengambil masa 5.6 saat, dan ianya 0.8 saat lebih pantas berbanding Golf GTI Performance. Kelajuan maksimum ialah 249 km/j.

Arteon ini begitu berkuasa dengan saingan terdekatnya adalah Golf R. Jika diimbas semula, kedua-dua model ini bersaing rapat di mana Passat CC R-Line 3.6L V6 pantas sedikit berbanding Golf R.

Passat CC R-Line itu mampu memecut dari 0 – 100 km/j dalam masa 5.6 saat.

Enjin 2.0 TSI Arteon ditawarkan untuk dua varian iaitu Elegance dan R-Line dengan pacuan 4MOTION AWD dan transmisi DSG 7 kelajuan automatik. Arteon yang dibawa ke Setia Alam baru-baru ini ialah varian 2.0 TSI R-Line 4MOTION AWD.

Sama ada ini atau Golf GTI atau Golf R. Suatu yang tiada pada model popular Golf GTI ialah praktikalitinya.

Arteon mampu memuatkan lima penumpang dengan baik dan saiz but 563 liter. Jumlah yang baik untuk sebuah coupe sedan. Jika dibaringkan kerusi, pengguna boleh mengisi sehingga 1,557 liter muatan.

Memandangkan VPCM mempertontonkan varian 2.0 TSI R-Line, berapa pula harga model ini?

Di United Kingdom, VW Arteon 2.0 TSI R-Line 272 PS dijual pada harga GBP 39,850 atau bersamaan RM 211,187.

*1 GBP = RM 5.29

BACA: KENALI VOLKSWAGEN TARO – TOYOTA HILUX DENGAN LENCANA VW

Tags
Google ads
Back to top button