Motosikal

PRODUKSI HAYABUSA AKAN DITERUSKAN, MODEL BAHARU AWAL TAHUN 2020 – SUZUKI MOTORS OF AMERICA

Sebelum ini, kami ada melaporkan bahawa Suzuki Motor Japan telah mengambil keputusan untuk memberhentikan produksi jentera berkuasa tingginya, Hayabusa.

BACA: SETELAH 20 TAHUN DI PASARAN, SUZUKI HENTIKAN PENGELUARAN HAYABUSA

Langkah itu diambil kerana supersport tersebut tidak lagi dapat mematuhi piawaian emisi Euro4 yang telah dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2016.

Namun begitu, jangan bersedih kawan. Ini kerana Suzuki Motor of America (SMAI) menyatakan ia akan terus memproduksi Hayabusa untuk pasaran domestik.

“SMAI mengesahkan pengeluaran Hayabusa untuk pasaran Amerika tidak terjejas.

“Laporan sebelum ini mungkin menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna, media dan pengedar Suzuki di Amerika. Sebenarnya, apa yang berlaku ialah Kesatuan Eropah dan pasaran lain (termasuklah Jepun) yang mengikuti standard sama tidak lagi boleh menjual Hayabusa.

“Tetapi piawaian itu tidak tertakluk ke atas pasaran Amerika. Malah anda boleh mengharapkan kemunculan model baharu Hayabusa pada awal tahun 2020,” jelas SMAI dalam satu kenyataan rasmi.

Nampaknya, Hayabusa masih belum terkubur sepenuhnya. Fuh…

Google ads
Back to top button