Mengikut peraturan sedia ada, setiap kenderaan yang tamat cukai jalan melepasi tempoh setahun diwajibkan melakukan pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Berkomputer (PUSPAKOM) sebelum layak memperbaharui untuk tahun seterusnya.
Namun dalam satu kempen yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong, kelonggaran diberikan kepada pengguna yang memiliki kenderaan dengan tempoh cukai jalan tamat melebihi setahun.
Syaratnya, cukai jalan kenderaan tersebut mestilah tamat dalam lingkungan satu hingga tiga tahun dan program ini dilaksanakan selama tiga bulan bermula bermula 24 Mac hingga penghujung Jun 2018.
BACA: LESEN B2 HANYA RM100 UNTUK B40
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, program pemutihan yang pertama kali dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu mendapat sokongan serta kerjasama daripada semua syarikat insurans.
“Saya menasikhatkan pemilik-pemilik kenderaan yang terlibat mengambil peluang ini untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan mereka dalam tempoh 3 bulan ini.
Beliau memberitahu, program pemutihan ini adalah sebagai langkah prihatin pihak kerajaan dalam membantu rakyat, khususnya dari golongan B40 (kumpulan dengan pendapatan isi rumah berpendapatan kurang RM3,900)