Buletin

UBER MALAYSIA SAH TAMATKAN OPERASI APRIL DEPAN – APLIKASI KINI BERPINDAH KEPADA GRAB

Operasi Uber di Asia Tenggara secara rasminya akan ditamatkan menerusi penggabungan dua syarikat gergasi “ride-hailing” Uber dan Grab.

Uber mendapat 27.5 peratus saham dalam Grab dan penggabungan ini akan diselesaikan secar berperingkat sehingga menjelang Mei nanti.

BACA: KERJASAMA HONDA-GRAB

Pengguna Uber akan berpindah ke aplikasi Grab bagaimanapun aplikasi Uber masih lagi beroperasi sehingga 8 April nanti. Sementara itu, UberEats pula akan ditamatkan pada Mei nanti.

Perubahan ini melibatkan negara-negara seperti Cambodia, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand danVietnam.

Grab memberitahu mereka akan memastikan peralihan ini berjalan lancar. Semua data dalam aplikasi berkaitan seperti UberEats akan dipindahkan secara berperingkat menerusi GrabFood. Semua program kesetiaan, rekod transaksi dan struktur bayaran akan diselaraskan.

Google ads
Back to top button