Buletin

CUPRA TERRAMAR – SUV LAJU DARI SEPANYOL DENGAN PELBAGAI PILIHAN TRENKUASA

Pengeluar kenderaan dari Sepanyol, Cupra mula menayangkan model SUV berprestasi tinggi terbaharu mereka, Cupra Terramar yang kelihatan cukup sporty dan mampu memikat jiwa peminat SUV yang inginkan sebuah kenderaan bandar yang laju.

Untuk rekod, plat nama Terramar ini dipilih bersempena dengan sebuah trak lumba Autòdrom de Sitges-Terramar yang telah dibina pada tahun 1923 berhampiran bandar Barcelona. Cupra Terramar ini dibina berdasarkan platform MQB yang telah dikemaskini.

Proposisi yang cukup sporty dan kena menjadikan rupa luaran Cupra Terramar ini cukup menyerlah dengan dimensi 1,584 mm tinggi, 1,863 mm lebar, 4,519 mm panjang dan dengan jarak roda 2,681mm.

Pada penampilan rupa luaran cukup kelihatan menyerlah dan garang terutamanya membabitkan rupa shark-nose’ dengan diapit lampu utama LED berbentuk triangular yang cukup menarik.

Rekaan belakang juga senada dengan bahagian hadapan yang kelihatan sedikit ekstrem dan garang meliputi bampar lengkap dengan fungsi difuser. Lampu utama di belakang juga melintang hujung ke hujung dengan logo Cupra berada di bahagian tengah barisan LED.

Cupra Terramar ini kelak akan dikuasakan oleh pelbagai pilihan enjin petrol, hibrid ringan dan hibrid plug-in (PHEV). Enjin untuk varian permulaan merupakan gandingan enjin petrol 1.5 liter hibrid ringan dengan kuasa 148 HP. Varian pacuan roda hadapan ini dipadankan dengan kotak gear automatik tujuh kelajuan DSG.

Satu pilihan yang ditawarkan adalah enjin petrol 2.0 liter, dengan sama ada 201 HP atau 261 HP untuk varian VZ yang merupakan model berprestasi tinggi. Kedua-duanya adalah pacuan empat roda dan mempunyai kotak gear automatik.

Dan pilihan trenkuasa terakhir adalah varian PHEV yang digandingkan dengan enjin 1.5 liter dan juga motor elektrik bersama pek bateri 19.7 kWh.

Bahagian kabinnya menampilkan ciri yang berorientasikan pemandu apabila paparan sistem infohiburan bersaiz 12.9 inci tersebut sedikti condong ke arah pemandu. Sebagai menyokong kea rah kemampanan, tempat duduk bucket yang sporty itu diperbuat daripada bahan kitar semula 100% Benang Seaqual yang diperbuat daripada plastik marin yang diperoleh dari pantai, lautan, muara sungai dan laut.

Dianggarkan aras harga untuk Cupra Terramar ini akan berada sekitar £40,000 (RM228,184), dengan rekaan yang sebegini mungkin mampu menarik perhatian pembeli selain daripada saudaranya yang turut berkongsi platform yang serupa seperti Volkswagen Tiguan.

BACA : CUPRA FORMENTOR DAN LEON 2024, TAMPIL GARANG, ENJIN TSI, TDI, MHEV, PHEV

BACA : CUPRA FORMENTOR – WOW JUGA SUV COUPE INI KAN

Google ads

B K

Back to top button