
DADAH DITEMUI DALAM BENTLEY S2 1960- NILAI RAMPASAN RM475 JUTA
Australia telah menjadi hab penyeludupan dadah dengan banyak bahan terlarang datang dari Kanada dan seluruh dunia kerana terdapat permintaan yang tinggi selain mengaut keuntungan yang lumayan.
Baru-baru ini, Pasukan Sempadan Australia telah melakukan X-ray terhadap kapal kargo yang membawa Bentley S2 1960, dimana mereka menemui dadah jenis meth seberat 161 kg dan kokain seberat 60 kg, diseludup dalam pelbagai komponen kereta.
Dadah tersebut dipercayai dari Kanada kemudiannya dihantar ke Port Botany, pinggir bandar tenggara Sydney, lapor polis tempatan.

Pihak polis tidak merampas serta-merta Bentley tersebut tetapi hanya membiarkan ia meneruskan perjalanan sehingga ke destinasi terakhir. Kenyataan akhbar pasukan polis mengatakan bahawa mereka melaksanakan waran geledah ke atas sebuah rumah di mana mereka berjaya merampas sebuah Ford Focus, telefon bimbit dan komputer.
Dua lelaki telah ditangkap dan didakwa dengan tujuh kesalahan termasuk mengimport dadah dikawalan sempadan kuantiti komersial, berurusan dengan hasil jenayah harta benda dan memiliki dadah komersial yang besar.
Polis juga merampas 2.2 kg meth dan wang tunai sebanyak $760,000 tunai (RM3.4 juta) didalam sebuah kereta Toyota Prado. Kedua-dua pemandu dan penumpang tersebut telah ditahan dan keempat-empat suspek ini ditahan tanpa diikat jamin.
Polis menganggarkan kos hasil penangkapan ini bernilai sekitar $106 juta (RM475 juta).
- BACA: RAM 1500 TRX KENA KEBAS DI KILANG PEMASANGAN STELLANTIS. BUKAN KES KECURIAN PERTAMA
- BACA: PASUKAN CANTAS PDRM PANTAU KES KECURIAN KENDERAAN TERSADAI AKIBAT BANJIR
- BACA: DELHI LUBUK PENCURI KENDERAAN DI INDIA. CATAT KECURIAN SETIAP 12 MINIT
- BACA: TOYOTA BEKALKAN KIT PERCUMA TANGANI MASALAH KECURIAN CAT-CON