Buletin

KEMELESETAN EKONOMI? KERETA BUGATTI DAH HABIS DIJUAL SEHINGGA 2025

Beberapa tahun kebelakangan ini terlalu banyak hal yang terjadi menggemparkan dunia, salah satunya ialah wabak COCID-19, sehingga ia memberi kesan kepada ekonomi. Namun, Ketua Pegawai Eksekutif Bugatti Rimac, Mate Rimac mengatakan bahawa operasi perniagaannya berjalan lancar setakat ini.

Rimac memberitahu CNBC bahawa Bugatti sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat baik dengan golongan ultra kaya yang tidak terjejas dengan kemelesetan ekonomi masih membeli Bugatti.

Ya, anda mungkin bimbang tentang kemelesetan ekonomi, tetapi Bugatti Rimac mempunyai banyak Bugatti untuk dihasilkan. Malah, mungkin ramai tidak peduli pun apabila Rimac, pembuat kereta super elektrik membeli Bugatti tahun lepas.

Rimac menjalankan perniagaan secara konservatif, hanya masuk ke pasaran apabila masanya benar-benar sesuai dan syarikat mempunyai kewangan yang kukuh.

Syarikat itu sanggup menunggu masa bersesuaian untuk memasuki pasaran kerana begitu banyak penggabungan syarikat dalam industri automotif berlaku sejak akhir-akhir ini.

“Saya secara terbuka menentang perkembangan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu melibatkan SPAC. Saya tahu ia akan berakhir dengan buruk dan kebanyakan mereka melakukannya.

“Sudah tentu ada syarikat yang sangat bagus melakukan penggabungan, tetapi ramai pelabur rugi dalam jumlah yang banyak, terutama dalam industri kenderaan elektrik. Jadi kami tidak mahu berbuat demikian,” kata Rimac.

Rimac sedar bahawa dalam pasaran semasa, pelabur tidak lagi ghairah kerana hampir semua orang bimbang tentang kemelesetan ekonmi yang mungkin berlaku. Pelabur hanya berani untuk melabur sekiranya ekonomi semasa kembali stabil.

Maka, ketika itulah Rimac mungkin memutuskan bahawa ia adalah masa yang tepat untuk membina lebih banyak Bugatti.

Google ads
Back to top button