Artikel PilihanBuletin

DAH KENAPA KERETA RALI BIRU SUBARU DITUKAR KEPADA GAMBAR SUNGAI?

Semua peminat Kejohanan Rali Dunia (WRC) mesti tahu warna rasmi Subaru kan? Sudah lebih 20 tahun semua Subaru Impreza WRX STI menggunakan warna biru WRC. Berbeza dengan model-model pesaing seperti Mitsubishi Evo ataupun Ford Focus (tak termasuk Saga Impreza yang hanya ada kat Malaysia), hampir 80 peratus Impreza yang terjual adalah dengan warna biru rasmi Subaru ini.

Jangan salah faham, untuk kejohananan WRC, mereka masih menggunakan warna yang sama. Ini merupakan satu strategi pemasaran Subaru di Australia.

BACA: FB, ENJIN SUBARU GENERASI BARU

BACA: IMPREZA WRX AUTO, YA. AUTOMATIK

Langkah berbeza telah diambil oleh pasukan Subaru do Motorsport dari Australia yang kini telah bertukar kepada warna baru dan bukan lagi menggunakan warna tradisi Subaru, World Rally Blue. Kenapa? Kerana mereka memperkenalkan budaya baru di Australia.

Khusus untuk musim baru Australia Rally Championship, mereka kini mempunyai pemandu-pemandu baru, WRX STI terbaru dan kini mereka memperkenalkan warna tema yang baru untuk setiap perlumbaan pada WRX STI mereka. Saya rasa, kKalau buat rali di Kuantan awal tahun hari tu, anda boleh agak sendiri kan apa temanya.

kaler baru subaru rally (2)

Warna tema terbaru Subaru do Motorsport pada luaran WRX STI mereka merupakan gambaran yang berlatarbelakang sungai Murray yang terletak di selatan Australia. Ini menampilkan gambaran warna matahari terbenam yang sangat jauh berbeza dari warna asal Subaru, biru WRC.

Sebenarnya strategi ini adalah untuk menarik minat bakal-bakal pembeli baru Subaru yang rata-ratanya merupakan golongan muda. Pilihan tema baru di samping pengenalan pelumba wanita terbaru mereka, Molly Taylor diharap dapat menarik lebih ramai pelanggan.

Pilhan warna tema bakal berubah mengikut tempat siri Australian Rally Championship diadakan. Ia difokuskan kepada gaya hidup setempat dan aktiviti rekreasi yang ada pada lokasi pilihan. Ini dikatakan membantu pembeli baru mengenali Subaru dengan lebih dekat dan pada masa yang sama membantu memperkenalkan Subaru kepada masyarakat setempat.

kaler baru subaru rally (3)

Berkesan? Semestinya, kerana Subaru Australia kini telah memecahkan rekod jualan sebelumnya. Mereka kini berjaya menarik ramai pembeli yang sebelum ini tidak pernah menggunakan Subaru. Bayangkan jika syarikat-syarikat di Malaysia menggunakan strategi seperti ini.

Misalnya untuk pasaran Sabah, terpampang gunung Kinabalu di bahagian sisi kereta. Kuala Lumpur dengan KLCC. Kelantan dengan wau bulan (dah nampak macam MAS). Pulau Pinang dengan gambar jeruk palanya (buruk betul kalau rupa char kuey teow). Tak ke meriah macam tu. Ataupun kita kecilkan lagi kawasannya seperti tema durian untuk Balik Pulau, Kajang dengan tema sate ataupun keropok lekor untuk Seberang Takir. Best tak?

Bagi kami pilihan warna memang sangat penting untuk bakal-bakal pembeli kereta. Ini kerana di Malaysia, khususnya kereta keluaran tempatan, warna yang ditawarkan adalah amat terhad. Setakat 3 warna metalik dan 3 warna solid memang jauh dari cukup.

Ambil contoh Myvi, lima puluh peratus Myvi yang kita temui berwarna kuning, selebihnya putih dan adalah satu dua lagi warna hitam. Ini berbeza jika dibandingkan dengan kereta-kereta dari Eropah contohnya Peugeot yang mempunyai pilihan warna yang lebih banyak.

Jika tidak ada pilihan warna sekalipun, pilihan yang terbaik adalah kemasan pelekat ataupun vinyl yang sudah menjadi kegilaan masa kini. Ia lebih praktikal dan ekonomik. Bila dah bosan, koyak dan tukarkan dengan yang baru. Seperti idea yang digunapakai oleh Subaru Australia ini. Daripada menggunakan stiker yang entah apa tujuan ditampal, bukankah baik jika menampilkan pemandangan persekitaran tempatan yang menarik.

BACA: EDISI TERHAD SUBARU IMPREZA S204

BACA: FHI KINI DIKENALI SUBARU CORPORATION

Menurut Subaru Australia, tradisi memang sesuatu yang baik, namun perubahan kadang-kadang membawa lebih kebaikan contohnya dalam hal ini mereka telah memenangi hati pelanggan-pelanggan baru yang memberikan pulangan yang lumayan kepada syarikat. Diharapkan mereka juga akan mampu memenangi kejohanan Rali Australia kali ini.

 

Google ads
Back to top button