Artikel Pilihan

DAIHATSU ALTIS, KEMBAR TOYOTA CAMRY. KALAU PERODUA JUAL NI…..

Kerjasama antara Daihatsu dengan Toyota bukanlah satu perkara baru, pada bulan Ogos 2016 menyaksikan Toyota menjadikan Daihatsu sebagai anak syarikat mereka secara 100%. Kerjasama ini bermula dari tahun 1967 lagi apabila Daihatsu menerima kontrak pemasangan kereta Toyota bagi model tertentu.

Pada masa yang sama Daihatsu menerima satu cabaran daripada Toyota untuk membangunkan kereta penumpang bagi market yang sedang membangun melalui satu kerjasama yang dipanggil ECCC yang bermaksud Emerging market Compact Car Company. Jadi tidak hairanlah terdapat beberapa kereta Daihatsu/Toyota yang hampir sama antara satu sama lain

Kerjasama menjadi semakin serius dengan Toyota membenarkan Daihatsu untuk melakukan proses rebadge Toyota Camry XV20 milik mereka menjadi salah satu model sedan Daihatsu yang dikenali dengan nama Daihatsu Altis. Model ini memang sebuah Camry namun menggunakan nama varian Corolla iaitu Altis semenjak dari tahun 1996 lagi.

Model Daihatsu Altis yang pertama menggunakan enjin 2AZ-FE yang menghasilkan 160 kuasa kuda dengan teknologi VVT-i. Ia dipadankan dengan transmisi 4 kelajuan automatik, sama seperti yang dipasang pada model Camry XV20. Ketika dilancarkan ia menawarkan 2 pilihan samaada pacuan 2 roda depan ataupun AWD.

Daihatsu Altis turut dihasilkan bermula dari model Camry XV20, Camry XV30, Camry XV40, Camry XV40, Camry XV50 dan terbaru ialah Camry XV70. Enjin dan pilihan transmisi yang digunakan adalah sama seperti yang digunakan oleh Camry. Bagi generasi XV70 yang dilancarkan pada tahun 2017, Daihatsu Altis menggunakan enjin D4S suntikan bahan api terus 2500cc 4 silinder.

Enjin ini menghasilkan 175 kuasa kuda dan 221Nm tork digandingkan dengan motor elektrik yang menghasilkan 118 kuasa kuda dan 202Nm tork. Janakuasa sistem hibrid ini mampu menghasilkan 208 kuasa kuda dengan semua kuasa disalirkan pada roda depan melalui transmisi CVT. Purata penggunaan petrol ialah sekitar 28.4km per liter, kurang berbanding dengan Toyota Camry yang mampu mencatatkan bacaan 33.4km per liter.

Dari segi rekaan, Daihatsu Altis terbaru menggunakan sepenuhnya falssafah rekaan Toyota terbaru iaitu Keen Look Design dengan rekaan papan pemuka sama seperti Camry XV70. Antara ciri-ciri lain yang dipadankan ialah rim aloi 17 inci, kusyen kuasa elektrik 8 tetapan, sistem penyaman udara 2 zon, 6 pembesar suara, dan lampu depan teknologi LED

Daihatsu Altis dijual pada harga RM 132,000 sama seperti Toyota Camry G di Jepun datang dengan sistem keselamatan Toyota Safety Sense yang merangkumi brek kecemasan automatiK dengan pengesan pejalan kaki, sistem adaptive cruise control, lane departure warning dengan sistem pembetulan stering, sistem amaran titik buta dan amaran lintasan trafik belakang.

Dari segi luaran, logo Toyota digantikan dengan logo Daihatsu pada gril bampar depan, penutup kargo pada bahagian belakang dan logo Daihatsu pada bahagian rim. Jadi kalau anda ke Jepun jangan terkejut jika anda menemui kereta sedan seakan Toyota Camry tapi dengan lambang Daihatsu.

Google ads
Back to top button