BuletinMotosikal

APA YANG BARU PADA HONDA CBR600RR 2020?

Honda CBR600RR versi 2020 diperkenalkan pada 21 Ogos dan jualan di Jepun bermula 25 September. Pada asasnya ini adalah motosikal yang sama seperti sebelum namun menerima banyak perubahan dari Honda.

Perkara paling mudah untuk dikesan ialah reka bentuk depan yang membawa gayaan sama seperti CBR lain termasuk model perdana CBR1000RR-R.

Disebalik kowl baharu ada lagi yang berubah terutama sekali pada bahagian enjin dan elektronik. 

Berikut kami perincikan perubahan pada Honda CBR600RR 2020:

Enjin

  • Output kuasa maksimum ditingkatkan pada 14,000 rpm.
  • Bahan yang digunakan pada komponen utama seperti aci sesondol, spring injap dan aci engkol ditukar baharu.
  • Diameter jara pendikit (throttle bore) dibesarkan dan liang salur masuk (inlet port) dibentuk semula untuk sistem kemasukan (intake system).
  • Saiz dan ketebalan pelbagai komponen di dalam paip ekzos dioptimumkan untuk sistem ekzos.

  • Perubahan pada pemasaan injap (valve timing).
  • Hasil perubahan tersebut memberikan output maksimum 119 hp (89 kW).
  • Kecekapan penyejukan kebuk pembakaran dan kawasan sekitar dudukan injap ekzos (exhaust valve seat) ditingkatkan melalui pembentukan semula jaket air (water jacket) untuk kepala silinder.

Teknologi elektronik

  • Dilengkapi Unit Pengukuran Inersia (IMU) berdasarkan anggaran tingkah laku kenderaan/motosikal (vehicle attitude estimation system).
  • Dengan menggabungkan data tingkah laku dengan ABS dan HSTC (Honda Selectable Torque Control), CBR600RR menawarkan keseronokan pengendalian mengikut situasi tunggangan.
  • Sistem throttle-by-wire (TBW) di mana sensor posisi pemecut (accelerator position sensor) mengesan darjah bukaan pendikit oleh penunggang dan menghantar isyarat kepada ECU.
  • ECU kemudian menghantar isyarat kepada motor TBW bagi mengawal injap pendikit.
  • Mod tunggangan yang menggabungkan tahap kawalan berbeza Power Selector, HSTC, Kawalan Pencegahan Lompat (Wheelie Mitigation Control) dan Selectable Engine Brake.

Reka bentuk

  • Gayaan dengan teknologi aerodinamik hasil input dari aktiviti perlumbaan.
  • Reka bentuk baharu tersebut menyumbang kepada rintangan angin lebih baik.
  • Daya mendap dari sayap atau winglet dengan kedudukan, bentuk dan darjah pemasangan menyumbang kepada kestabilan motosikal yang lebih baik semasa memasuki selekoh atau membelok semasa memecut.

  • Skema warna Grand Prix Red.
  • Lampu LED penuh yang ringan, saiz kompak dan pencahayaan jimat tenaga.
  • Meter paparan warna penuh TFT LCD dengan pelbagai maklumat dan status sistem kawalan elektronik yang mudah difahami.
  • Sistem Isyarat Berhenti Kecemasan sebagai reaksi kepada brek mengejut dan memberi amaran kepada kenderaan di belakang melalui kelipan lampu isyarat yang pantas.

  • Klac assist & slipper dengan fungsi bantuan yang menjadikan tuas brek lebih ringan untuk ditarik dan fungsi slipper mencegah loncatan roda belakang akibat dari brek enjin mendadak semasa menurunkan gear.
  • Quick Shifter untuk tukaran gear yang pantas dijual berasingan.

Honda mensasarkan untuk menjual 1,000 unit CBR600RR 2020 di Jepun dan harga yang disyorkan ialah 1,606,000 yen (RM63,445) tidak termasuk pendaftaran dan sebagainya.

Google ads
Back to top button