Buletin

DAIHATSU GRAN MAX AT KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN – RM69,888 SEUNIT

Daihatsu Malaysia dijangka melancarkan kenderaan komersial terbaharunya, Daihatsu Gran Max dengan transmisi automatik (AT) tidak lama lagi.

Van panel Gran Max itu dikuasakan oleh enjin 1.5 liter DOHC DVVT itu dipadankan dengan kotak gear automatik dan sistem pacuan roda belakang. Sistem itu menawarkan pecutan mula dan tahap cengkaman yang lebih baik.

Sempena pelancaran tersebut, Daihatsu Malaysia menawarkan promosi pakej penyelenggaraan percuma selama setahun untuk pembelian terawal dengan tempahan dibuat dari 16 Ogos hingga 30 September 2018.

Gran Max dipasang dengan transmisi manual bersama kemasan standard sejak lapan tahun lalu. Justeru, model baharu ini direka khusus untuk memenuhi keperluan perniagaan kecil dan sederhana dan agensi-agensi kerajaan.

Mampu mengangkut beban sehingga 2,000kg, Gran Max kini mempunyai nisbah pusingan lebih kecil iaitu 4.7 meter dan stereng kuasa supaya lebih mudah dikendalikan.

Kenderaan komersial itu juga dilengkapi brek anti kunci (ABS), dua beg udara dan stereng boleh patah untuk meningkatkan tahap keselamatannya.

Gran Max AT akan ditawarkan pada harga RM69,888 seunit bersama jaminan selama tiga tahun dan perbatuan sejauh 100,000km.

Kunjungi 26 bilik pameran Daihatsu di seluruh negara. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.daihatsu.com.my atau hubungi talian 03-5510 9988.

Google ads
Back to top button