Motosikal

MOTOGP: YAMAHA MOHON MAAF KEPADA ROSSI DAN VINALES SELEPAS KRISIS UJIAN KELAYAKAN

Pihak pengurusan Yamaha membuat kejutan dengan memohon maaaf secara terbuka kepada dua pelumba factory mereka, Valentino Rossi dan Maverick Vinales selepas masalah pecutan Yamaha M1 menjejaskan pusingan kelayakan mereka di litar Red Bull, Austria Sabtu lepas. Ia merupakan pusingan kelayakan terburuk untuk kedua-dua pelumba.

Sewaktu pelumba Tech3 Yamaha, Johann Zarco berjaya merebut petak keenam, Vinales dan Rossi hanya mendapat petak ke 11 dan 14. Lagi teruk bial Rossi gagal menyertai pusingan kelayakan ke dua.

“Kami di Yamaha akan cuba memberikan penjelasan sewajarnya kepada pelumba-pelumba kami dan pihak media mengenai insiden dalam pusingan kelayakan di Austria”, William Favaro selaku pengurus Pemasaran dan Komunikasi Yamaha bercakap pada sesi taklimat bersama Rossi dan Vinales.

Kenyataan Favaro kemudian disokong oleh Lin Jarvis, pengarah urusan Yamaha Racing dan Ketua Project M1, Kouji Tsuya.

Ia merupakan hari yang sukar buat Yamaha dan mereka sememangnya sedang bergelut untuk menyelesaikannya, jelas Tsuya merujuk kepada masalah prestasi pecutan dan seterusnya mengakibatkan hantaran kuasa yang tidak lancar. Ia merupakan satu masalah yang merupakan satu kelemahan buat pasukan Yamaha.

Beliau juga meminta maaf kepada pelumba-pelumba mereka berikutan kelemahan pada sistem pecutan Yamaha M1.

BACA: MOTOGP: TIADA LAGI RAHSIA – YAMAHA-SIC SAHKAN DUA PELUMBA UNTUK MUSIM 2019

Vinales juga turut ditimpa masalah pada sensor jentera beliau pada sesi ujian manakala Rossi pula bermasalah pada bahagian spoket yang mengakibatkan Tsuya membuatkan permohonan maaf secara terbuka kepada pelumba mereka.

Mereka akan berusaha menyelesaikannya sebaik mungkin dan akan mengadakan sesi ujian di Misano sebelum perlumbaan di Silverstone dan seterusnya satu lagi sesi ujian di Aragon.

Favaro menambah yang mereka kini berada dalam situasi krisis dan berharap dapat segera menanganinya untuk kekal kompetitif.

Rossi sudah sekian lama merungut mengenai masalah pecutan sejak Ogos tahun lepas dan menyatakan yang pasukan lawan terutama Honda dan Ducati jauh lebih laju dari mereka khususnya berkaitan dengan elektronik tetapi rungutan beliau seperti tidak diendahkan.

Tapi Rossi tetap hebat bila masih mampu kekal dikedudukan kedua keseluruhan di belakang Marc Marquez walaupun sering dilanda masalah.

Walaupun Lin Jarvis tidak mencelah sewaktu sesi ‘mohon maaf’ tersebut beliau tetap mengulas yang Rossi memaklumkan yang jentera M1 adalah cukup berdaya saing kecuali beberapa masalah pada faktor elektronik khususnya pada bahagian pecutan dan cengkaman.

Yamaha juga akan berusaha untuk memastikan masalah yang sama tidak akan berlaku lagi pada musim akan datang.

Google ads
Back to top button