Motosikal

BMW MOTORRAD MULAKAN KEMPEN PEMASARAN G310R!

Bagi mencetuskan keterujaan terhadap jentera bersesaran kecil pertamanya G310R, BMW Motorrad dilaporkan sudah memulakan kempen pemasarannya.  

BMW-G310R-campaign-mekanika (4)

Kempen itu jelas menunjukkan bahawa BMW Motorrad akan memperkenalkan G310R secara agresif, sebelum ia memasuki pasaran negara-negara membangun tidak lama lagi.

Malah, BMW Motorrad Malaysia turut mengesahkan G310R bakal menemui pengguna tempatan pada suku ketiga tahun ini.

BMW-G310R-campaign-mekanika (5)

Dibawa terus dari Jerman, jentera itu akan ditawarkan pada harga yang setara dengan jenama motosikal premium lain.

Kempen ini diserlahkan menerusi satu video bertajuk “Challenge the City – The New BMW G310R.

BMW-G310R-campaign-mekanika (6)

Ia jelas mensasarkan golongan penunggang urban. Di samping menggabungkan elemen menunggang motosikal dengan sukan dan gaya hidup golongan muda.

Apa pun, bukan sedikit yang tidak sabar menunggu model ini tiba di pasaran Malaysia. Anda tidak keseorangan!

Google ads
Back to top button