" "
Buletin

FERRARI KALIS KEMELESETAN. PUROSANGUE LAKU KERAS, SERAHAN KENDERAAN Q2 2022 NAIK 28.7%

Ketika dunia diancam dengan kemelesetan ekonomi, Ferrari nampaknya masih mendapat permintaan tertinggi, dengan penghantaran pada suku kedua tahun ini meningkat sebanyak 28.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pencapaian itu dicapai sebelum SUV Purosangue mula dijual lagi. Penyenaraian awam beberapa tahun lalu juga membuktikan bahawa Ferrari adalah satu perniagaan mewah dan bukan sekadar pengeluar kereta super.

Menurut Bloomberg, penilaian positif terbaru oleh penganalisis, Morgan Stanley, terhadap Ferrari termasuk Purosangue baharu, menaikkan anggaran pendapatan setiap saham untuk pembuat kereta yang berpangkalan di Maranello itu du antara 7 peratus hingga 10 peratus bagi tahun fiskal 2023-2025.

Ferrari memaklumkan ia kini sedang bergelut untuk memenuhi permintaan tinggi Purosangue. Ia dijangka menutup pesanan Purosangue kerana mahu mengekalkan jumlah yang rendah demi mengekalkan ekslusiviti.

Purosangue dijangka membentuk kira-kira 20 peratus daripada jualan keseluruhan Ferrari. Ini sangat berbeza dengan Lamborghini yang menjual lebih banyak model SUV Urus berbancing supercar. Sama seperti Porsche yang cukup popular dengan model SUV Cayenne dan Macan.

Pada asasnya, Ferrari tidak mengejar keuntungan dengan Purosangue dan ia tidak mahu meningkatkan jumlah jualan secara mendadak.

Mengenai saham Ferrari, beberapa penganalisis berkata bahawa permintaan di Porsche adalah lebih kitaran berbanding Ferrari. Walau bagaimanapun, dalam kedua-dua kes, saham mewah dilihat secara positif kerana daya tahan perbelanjaan dalam kalangan individu terkaya kekal tinggi.

Porsche akan berharap prestasi mereka di pasaran saham mampu mengikut jejak langkah Ferrari. Dengan IPOnya, Porsche berada pada kedudukan untuk menjadi pembuat kereta keempat paling berharga selepas Volkswagen, Tesla, dan Toyota. Tetapi jangkaan Porsche melonjakkan kedudukan tidak mungkin akan mengganggu Ferrari yang berpegang kepada formula seterusnya menuai ganjaran untuk pelabur.

Google ads
Back to top button