Buletin

TESLA CYBERTRUCK VERSI PRODUKSI AKAN LEBIH CANTIK – ELON MUSK

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk mendedahkan bahawa gayaan Cybertruck versi produksi akan diubah supaya trak pertama Tesla itu kelihatan lebih cantik. 

Sejak diperkenalkan tahun lalu, reka bentuk Cybertruck yang berkotak-kotak dan futuristik itu memang mengundang pelbagai reaksi. Apabila ditanya adakah rekaan trak itu akan kekal, Musk menjawab ringkas, “Ia akan sedikit lebih baik.” 

Apa yang dimaksudkan oleh Musk memang tidak jelas. Apa yang pasti, banyak pihak di seluruh negara menyatakan reka bentuk Cybertruck perlu diubah jika ia hendak diperkenalkan.

Salah satu perkara yang menjadi perdebatan ialah badan yang diperbuat daripada besi tahan karat dan bagaimana prestasinya jika terlibat dalam kemalangan. 

Trak itu dipromosikan sebagai mempunyai badan yang sangat tegar dan seperti tidak mempunyai zon remuk seperti kenderaan lain. 

Selain reka bentuk, Musk juga ada menyatakan bahawa Cybertruck akan dilengkapi kalkulator menunda beban yang akan memberitahu pemandu tentang berapa banyak beban yang boleh dibawa, bergantung kepada pemanduan. Trak itu juga akan mempunyai peredam ketinggian aktif.

Biar apa pun, Tesla ada banyak ada banyak masa sebelum Cybertruck boleh diserahkan kepada pelanggan.

Produksi model teratas dengan Tri-Motor dijangka bermula pada lewat tahun 2021. Manakala versi lebih murah dengan dua motor dan motor tunggal hanya akan dimulakan pada tahun 2022. 

Google ads
Back to top button