,
Artikel Pilihan

AUDI EA255 – ENJIN 5 SILINDER PALING BERKUASA DI DUNIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini kita akan mengupas perihal sebuah enjin daripada kumpulan Volkswagen yang dikenali dengan kod EA255.

Enjin ini dibina sepenuhnya oleh pihak Audi Sport GmbH dibawah seliaan Audi AG. Apa yang istimewanya, pihak Audi masih mengekalkan tradisi enjin 5 silinder ini walaupun kebanyakan pengeluar kenderaan sudah meninggalkan enjin 5 silinder.

AUDI RS

Jika diimbau kembali sejarah, model Audi yang menggunakan tanda nama “RS” adalah model Audi RS2 Avant yang dikeluarkan pada tahun 1994-1895. Jentera yang “Super Rare” ini dibangunkan dengan kerjasama Audi dan Porsche.

Dengan enjin bersesaran 2.2L 5 silinder yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 311hp bersama kotak gear 6-kelajuan manual, jentera ini merupakan bukti teknologi Audi pada ketika itu mendahului zaman.

Jadi di sini, dengan sejarah ini kita dapat tahu “Mengapa” pihak Audi masih mengekalkan tradisi penggunaan enjin 5 Silinder pada jentera sukan mereka.

Baiklah kita kembali ke pangkal jalan.

Enjin ini bersesaran 2,480cc(2.5L) 5-Silinder sebaris. Nilai Bore X Stroke pula adalah 82.5mm X 92.8mm. Di sini kita dapat lihat nilai Stroke lagi tinggi dan menjadikan enjin ini “Undersquare”. Jarak antara silinder pada nilai 88mm. “Firing Order” bagi enjin ini adalah 1-2-4-5-3. Nisbah mampatan pada kadar 10:1.

Binaan blok enjin adalah daripada material Compact Vernacular Graphite Iron atau lebih dikenali dengan kod GJV-450. Kebiasaannya material ini digunakan pada binaan blok enjin Diesel bagi menampung tekanan melampau.

Namun, bagi enjin ini bahan ini digunakan. Bahagian bawah enjin ini menempatkan 6 perumah galas utama (Main Bearing). Ia juga menempatkan unit pam minyak yang dipacu oleh rantai dan juga “Oil Pan Baffle” yang berfungsi untuk memastikan sistem pelinciran berjalan lancar ketika pemanduan agresif.

Unit Aci Engkol (Crankshaft) dan rod penghubung (Connecting Rod) dibuat daripada keluli tempa (Forged Steel). Unit Piston dibuat daripada Alumunium Alloy.

Unit kepala silinder enjin ini dibuat daripada “Hot Strength Alumunium Alloy”. Ruang masukan udara direka khas untuk memastikan enjin bebas daripada “Knocking”. Gila benda ni pun diorang kaji.

Setiap silinder dilengkapi dengan 4 injap. Injap ekzos diselaputi dengan “Sodium” bertujuan untuk mengawal suhu injap. Unit Aci Sesondol (Camshaft) ada dua dan dilengkapi dengan sistem “Variable Valve Timing” yang berfungsi mengikut kesesuaian. Enjin ini juga dilengkapi dengan sistem “Audi Valve Lift” 2-peringkat pada injap ekzos bergantung kepada kelajuan dan beban enjin.

Sistem bahan api enjin ini menggabungkan kedua sistem “Direct Injection” dan “Port Injection”.

Untuk sistem “Direct Injection”, bahan api akan diberikan tekanan sehingga 122 bar. Bahan api melalui “Fuel Rail” seterusnya ke unit “Injector” dan dipancitkan terus ke dalam “Combustion Chamber”.

Ketika situasi ekstrem, “Port Injector” akan berfungsi untuk memancitkan bahan api ke unit “Intake Manifold” lalu membawa campuran udara dan bahapi masuk ke “Combustion Chamber”. Bila dah baca sampai sini janganlah tanya kenapa kuat makan petrol ye.

Aspirasi enjin ini adalah enjin yang dikuasakan dengan pendesak turbo. Uniknya tentang enjin ini ialah tiada “Air Flow Sensor”, namun digantikan dengan 2 unit “Mass Absolute Pressure Sensor”(MAP Sensor) yang diletakkan di laluan sebelum “Throttle” dan pada “Intake Manifold”.

Senang cerita enjin ni jalan pakai MAP, tak pakai MAF. Boost yang dihasilkan adalah pada kadar 1.2 bar kemudiannya melalui unit “Intercooler” yang diletakkan di bahagian hadapan (FMIC). Udara yang terhasil kemudian melalui unit “Throttle Body” yang dikawal sepenuhnya secara elektronik.

Unit ekzos enjin ini dilengkapi dengan “Flap” yang dikawal oleh MAP Sensor dimana bukaannya dikawal oleh vakum. Sampai sini kalau ada kesempatan, sila dengar sendiri kemerduan ngauman enjin 5 silinder ini.

Sangat merdu Tuan-Tuan. Masuk kereta (RS3), pergi ke “Dynamic Mode”, kemudian bawa sambil buka cermin. Automatik terasa bahagia.

Dengan semua spesifikasi diatas, enjin ini akhirnya menghamburkan kuasa sebanyak 394hp pada 5,400-6,500rpm dan 480Nm daya kilas pada 1,600-5,300rpm.

Garisan Merah (Redline) adalah pada 7,100rpm. Enjin ini boleh didapati di ruangan enjin Audi TT RS, Audi RS3 dan Audi RSQ3. Hanya 3 model ini sahaja Tuan-Tuan.

Power Tuan-Tuan. Sangat power. Enjin sepower ini hanya seberat 185kg sahaja ! Tu yang lagi power sebenarnya.

Power kalau setakat cakap tak guna kalau tiada bukti.

Untuk pengetahuan, enjin ini memenangi “International Engine Of The Year” dalam kategori “2.0L to 2.5L” selama 8 tahun berturut-turut dari 2010 sehingga 2018. 8 Tuan-Tuan. LAPAN KALI menang!

Terima kasih Audi kerana masih mengekalkan tradisi enjin 5-silinder ini untuk generasi sekarang. Kita tak tahulah sama ada enjin ini akan terus dihasilkan pada masa akan datang. Oleh itu, selagi masih ada marilah sama-sama kita hargai sebuah karya agung daripada Jerman ini.

Tags
Google ads
Back to top button