
DC5 MALAYSIA MEGA TT – HIMPUNAN 5 TAHUN SEKALI YANG DITUNGGU-TUNGGU
Honda Integra DC5 Type R adalah Integra terakhir dalam sejarah pengeluaran model ini dan hari ini harganya masih bertahan dalam pasaran. Harganya pun tak adalah Yahoodi sangat. Ia tak murah sangat dan pada masa yang sama tidaklah melampau sangat mahalnya macam model-model JDM lain.

Kalau anda rasa nak beli kereta N/A yang senang dijaga, alatgantinya yang banyak dan harga jualan baliknya tak menyebabkan rasa nak jual lerai kereta, inilah keretanya.
Ini mungkin kereta coupe sport yang tinggal dalam arena kereta moden yang ada hampir kesemuanya. Ia mempunyai kuasa, praktikal untuk kegunaan setiap hari, pengendalian yang mantap dan dan mempunyai gaya.

Kereta rare macam ni dah tentulah dimiliki oleh mereka yang benar-benar meminatinya dan tentu sekali ia juga mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri. Mega TT dah tentu ada punya. Menariknya bagi pemilik Honda Integra DC5 ini, Mega TT cuma diadakan lima tahun sekali. Sebab itu ianya nampak eksklusif. Ini buat Mega TT sebulan sekali mana ada eksklusifnya.
Kalau terlepas Mega TT ni jawabnya kena tunggu lima tahun lagi baru ada balik. Untuk tahun ini ianya diadakan di Bamboo Hills, Kuala Lumpur pada 15 September yang lepas.
Mega TT ini bagi mengumpulkan seluruh DC5 dari Malaysia termasuk dari Singapura, dengan jumlah kehadiran 59 buah kereta, terdiri dari semua variasi, Type-R & Type-S. Kali terakhir gathering ini adalah pada 14 November 2019. Macam kami cakap tadi acara ini hanya diadakan setiap 5 tahun sekali sahaja.

Bestkan? Jadi kepada mana-mana peminat DC5 yang tidak dapat hadir kali ini, pastikan anda turun beramai-ramai pada Mega TT seterusnya lima tahun lagi. Sempat la nak mekap-mekap mana yang patut.
Sekarang korang enjoy dulu gambar-gambar acara ini yang dirakam oleh Sham Bahulu dari ADAM Photography. Kalau korang nak tengok lebih banyak gambar boleh berkunjung ke laman FB diorang.
https://www.facebook.com/AdamPhotography



