
DEBUT UMUM ALPINE A290 RALLYE DI GOODWOOD FESTIVAL OF SPEED
Acara Goodwood Festival of Speed yang diadakah di Barat Sussex ini sememangnya mendapat tumpuan buat para penggiat dunia automotif. Mengambil kesempatan acara tersebut adalah Alpine yang membuat debut umum tentang model yang mula menjadi bualan, Alpine A290 Rallye.
Selain daripada model Apline A290 Rallye yang berjaya memukau penonton akan model terkini tersebut, penonton juga berasa teruja tentang model konsep Alpine Alpenglow HY6 yang dikuasakan oleh hidrogen, Alpine A110 R Ultime dan juga model yang bakal dilancarkan di UK tidak lama lagi, Alpine A390 yang turut ditampilkan buat pertama kali di UK.

Penyertaan Alpine di Goodwood Festival of Speed ini sebetulnya sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-70 pengeluar kereta sport berasal dari Perancis yang cukup terkenal. Malah kehadiran pasukan BWT Alpine Formula Satu juga hadir untuk menambahkan keseronokan berkuasa tinggi kepada hari tersebut, sementara model produksi jalanan A290 yang merupakan model elektrik sepenuhnya, yang dinobatkan sebagai European Car of the Year 2025 awal tahun ini, juga mengambil bahagian di atas litar.
Manakala kehadiran Alpine A290 Rallye, versi yang diubah suai untuk perlumbaan bagi kereta produksi EV terbaik tersebut, telah menjalani ujian di litar selepas dilancarkan minggu lalu. Dilengkapi dengan rollcage serta pelbagai ciri keselamatan dan pelbagai kerja tingkat taraf untuk tujuan perlumbaan, termasuklah pembeza anjakan terhad ZF, ditambah dengan penggantungan, brek dan sistem pemanduan yang dipertingkatkan. Kereta ini menekankan DNA sukan permotoran yang wujud diantara kenderaan jalan raya dan perlumbaan Alpine.

Model konsep Alpine Alpenglow HY6 pula mengambil bahagian di laluan mendaki untuk menunjukkan kehandalannya yang turut menampilkan enjin V6 berkembar turbo berkapasiti 3.5-liter yang menghasilkan 740bhp, dan yang menggabungkan inovasi alam sekitar dengan sifat sporty untuk menawarkan cara baru mengurangkan jejak karbon sebuah kereta sport. Rekabentuknya juga menggabungkan elemen untuk model Alpine yang akan datang di jalan raya.
Barisan model Alpine untuk jualan di UK pastinya akan diketuai oleh model A390, model fastback sport lima tempat duduk yang bakal mula berada di atas jalanraya UK bermula 2026.
BACA : ALPINE ALPENGLOW HY6 CONCEPT – KERETA UNTUK ALIEN KE APA NI?
BACA : ALPINE A290 RALLYE KINI SUDAH BOLEH DIBELI PELANGGAN. ADA YANG BERMINAT?


