Buletin

ZENVO AUTOMOTIVE MENAYANGKAN MODEL PROTOTAIP SUPERCAR AURORA TERKINI DI GOODWOOD FESTIVAL OF SPEED

Pengeluar supercar indie berasal dari Denmark, Zenvo Automotive telah menayangkan secara rasmi model prototaip supercar terkini, Aurora yang mana ianya merupakan dua detik penting buat pengeluar yang berpangkalan di Præstø Denmark dengan pertama kalinya secara rasmi enjin Mjølner V12 quad turbo milik Aurora sebelum prototaip pertama dipamerkan, mengambil laluan Hillclimb yang terkenal di hadapan ribuan penonton yang menonton bersempena dengan Goodwood Festival of Speed.

Sebetulnya program pembangunan untuk model Aurora ini masih terus berjalan dengan pesat, dan tahap terbaru ini adalah pencapaian terkini bagi pasukan teknikal, yang telah berjaya menghidupkan Aurora yang baharu ini.

Menggunakan pelekat samaran harlequin, jelas sekali penutup penyamaran daripada prototaip pertama VP0 yang telah dihilangkini telah mula menayangkan reka bentuk badan bagi pengeluaran akhir kelak. Detik penting dan istimewa ini juga diserikan dengan kehadiran Duke of Richmond diiringi oleh Pengerusi Zenvo Automotive, Jens Sverdrup bagi menyaksikan enjin kuasa V12 ini dihidupkan yang juga baharu sahaja dibangunkan oleh mereka.

Memakai kamuflaj ‘harlequin’, penutup dihilangkan dari prototaip pertama – VP0 yang mempamerkan gaya badan pengeluaran akhir kelak. Momen penting pagi itu menyaksikan Duke of Richmond diiringi oleh Pengerusi Zenvo Automotive, Jens Sverdrup, untuk memberikan kehidupan kepada enjin kuasa V12 yang baru dibangunkan.

Detik penting ini berterusan apabila Ketua Jurutera, Javier Castrane, mula mempamerkan model Aurora di hadapan Goodwood House. Model Zenvo Aurora ini akan dipamerkan di Supercar Paddock sepanjang hujung minggu Goodwood Festival of Speed, dengan lebih banyak demonstrasi akan dilakukan.

Menurut Pengerusi Zenvo Jens Sverdrup, debut umum ini antara merupakan detik penting buat mereka ketika program pembangunan model supercar ini masih berterusan di samping pentingnya buat Zenvo sendiri ketika fasa terbaharu ini.

Dibina berdasarkan reka bentuk monocoque modular ZM1 yang baru daripada Zenvo, yang dibangunkan dengan pakar struktur karbon Managing Composites, setiap parameter dimaksimumkan hingga ke batas had dan kompromi.

Enjin Mjølner V12 ini telah dibangunkan oleh MAHLE Powertrain yang merupakan sekutu utama Zenvo dalam pembangunan Aurora dan cukup berbangga dengan penghasilan trenkuasa yang moden yang cukup berkuasa ini.

BACA : ZENVO TSR-S 1177BHP! KERETA HIPER BUATAN DENMARK

BACA : ZENVO ST1 – SUPERCAR YANG AKAN MENGUBAH PERSEPSI ANDA TENTANG DENMARK

Google ads

B K

Back to top button