Artikel PilihanBuletin

DENGARKANLAH MELODI KERETA FORMULA 1 TAHUN 90-AN DENDANGAN T.50 GORDON MURRAY (VIDEO)

Jangan ingat artis atau penyanyi je boleh hasilkan lagu ataupun melodi yang sangat merdu lagi gemersik. Kereta pun boleh tahu tapi semestinya bukan semua kereta. Satu dunia kenal bunyi Ferrari yang memang nyaring dan merdu tapi bagi kami bunyi yang dihasilkan oleh Lexus LFA lagi kecuali kalau korang memang fanatik Ferrari memang tak boleh buat apalah. Kini cinta kami mula beralih kepada T.50 ini.

Kali ini kami kongsi sebuah video dari Gordon Murray yang menampilkan supercar terbaru beliau yang dikenali dengan nama T.50.

Siapa yang tak kenal Gordon Murray ni elok baca artikel tips penjagaan muka lelaki je lah. Murray merupakan lagenda permotoran yang menghasilkan McLaren F1 selain terlibat  dengan projek Mercedes-Benz SLR McLaren dan beberapa lagi jentera perlumbaan Brabham sepanjang dekad 70 dan 80-an.

Sebagai orang lama macam kami di Mekanika juga, Murray membawakan kembali kehebatan jentera F1 tahun 90-an tapi kali ini dari segi runut bunyi. Wahai generasi tiktoktingtong dan yang main game lumba kereta kat telefon pintar tu, inilah bunyi sebenar jentera tahun 90-an hasil kumpulan orkestra V12.

Permulaan video menyaksikan dialog Dario Franchitti, bekas pemandu perlumbaan dan pengacara menemubual beberapa orang perkerja Gordon Murray Automotive tentang pengalaman mereka di syarikat terbabit selain rakaman bersama Gordon Murray sendiri.

Pada satu detik mereka berbicara tentang bunyi ekzos T.50 dan Franchitti menyatakan yang ia kedengaran seperti ekzos superbike. Murray menjelaskan yang ia sebenarnya lebih kepada bunyi jentera F1 dekad 90-an tetapi dengan RPM yang lebih tinggi. Patutlah bunyi sedap sangat kata PokYa dan Abang Mok pada sesi ‘mengeteh’ di kedai pelayan belakang ofis.

Senang cerita dengarkan sendiri bunyinya bila T.50 bila ia diuji pandu oleh Franchitti di dalam litar dan jalan raya biasa. Walaupun kami dah biasa menguji pandu kereta tapi rasa dengki lagi irihati masih bersarang melihat betapa seronoknya bekas pelumba yang berasal dari Scotland membelasah hasil ciptaan Gordon Murray terbaru ini. Semoga Allah SWT ampunkan kami yang lemah iman ini.

Peminat Murray tentu sudah sedia maklum yang kereta ini dikuasakan enjin 3.9L NA V12 yang mampu menghasilkan 650 hp kuasa. Malah bunyi ekzosnya dalam video ini memang cukup padu dan memang tak akan mampu ditandingi dengan teknologi enjin kedai Ah Beng.

Tambah menarik lagi bila bukan satu tapi tiga unit T.50 muncul dalam video ini menjadikan ia antara konsert video ekzos yang terbaik pernah di dengan sekurang-kurangnya dalam sebulan dua ni.

Kredit Carbuzz.com

Google ads
Back to top button