Buletin

DEPOT SIMPANAN KERETA DBKL TERBAKAR, LEBIH 30 KERETA MUSNAH. TIADA KECEDERAAN DILAPORKAN

Depot menyimpan kereta lama milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terletak di Taman Connaught, Cheras dilapor terbakar malam semalam. 

Sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.04 malam, seramai 41 orang anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, Cheras, Sentul dan Hang Tuah dikejarkan ke tempat kejadian.  

Kebakaran yang berlaku di kawasan seluas 8,000 kaki persegi itu menyebabkan sekitar 30 buah kenderaan musnah. Api dikatakan berjaya dikawal pada pukul 8.30 malam dan dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira dua jam kemudian. 

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden ini,” kata Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur. 

sumber: Sinar Harian 

Google ads
Back to top button