Buletin

PELANGGAN PETRONAS BOLEH GUNA SETEL DI SELURUH NEGARA TIDAK LAMA LAGI

Pelanggan PETRONAS di Malaysia akan dapat menikmati kemudahan Setel, kaedah e-pembayaran pertama negara yang membolehkan pembelian bahan api secara langsung dari peranti mudah alih.

Diperkenalkan pada Julai 2018 dan kini boleh didapati di lebih 700 stesen PETRONAS di Malaysia. Perkhidmatan itu akan diperluaskan ke seluruh negara dalam beberapa minggu lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Iskandar Ezzahuddin memberitahu, sehingga Januari 2020, Setel mencatatkan lebih 3 juta transaksi dan mendapat sambutan positif daripada pelanggan di Lembah Klang.

Kini pihaknya bersedia untuk menawarkan Setel di seluruh negara. Selain memperkenalkan ciri baru yang menarik dalam beberapa bulan akan datang.

Baru-baru ini, Setel memperkenalkan kaedah penebusan mata ganjaran Mesra secara langsung daripada aplikasi mudah alih serta kemudahan lain kepada pelanggan setia PETRONAS.

“Ciri-ciri semasa yang ada pada Setel hanyalah sebagai satu permulaan. Kami akan menyediakan lebih banyak kemudahan kepada pengguna semasa mengunjungi stesen minyak kami, ” kata Azrul Osman Rani, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Dagangan Berhad.

Sempena Anugerah Juara Lagu yang ke-34 (AJL34) yang bakal berlangsung tidak lama lagi, pengguna Setel boleh mengundi lagu dan artis kegemaran mereka secara langsung menerusi aplikasi tersebut. Seratus pengundi bertuah juga akan memenangi baucar bahan api bernilai RM1,000.

Applikasi tersebut boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store dan Google Play Store. Maklumat lanjut mengenai Setel, layari www.Setel.my

Tags
Google ads
Back to top button