Buletin

DHCV LANCAR MODEL BAHARU TATA

Selepas sekian lama hilang dari pasaran tempatan, jenama kenderaan dari India, Tata Motor Limited (Tata Motors) muncul kembali. Kali terakhir Tata berada di pasaran tempatan ialah pada tahun 1993. 

SONY DSC

Dibawakan oleh anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad iaitu DRB-HICOM Commercial Vehicles Sdn. Bhd. (DHCV), pengenalan TATA ke pasaran Malaysia dibuat menerusi model trak pikap Tata Xenon dan Tata Prima Prime Mover.

Tata Xenon yang disasarkan untuk bagi kegunaan pelanggan komersial ditawarkan dalame nam varian. Dibawa dalam bentuk import sepenuhnya (CBU) dari Thailand, Tata Xenon dikuasakan oleh enjin Common Rail Turbo Diesel bersesaran  2.2 liter yang mampu menjana kuasa mencecah 140PS.   

SONY DSC

Tata Prima Prime Mover pula hadir dalam varian Prima 4×2, Tata Prima 4038.S dan Prima 6×4, Tata Prima 4938.S. Tata Prima ialah kenderaan komersial sederhana dan berat generasi baru daripada Tata Motors yang dibangunkan sebagai trak global.

Tata Prima menggabungkan aspek kuasa, prestasi,penjimatan bahan api, teknologi dan keselamatan bertaraf dunia. Jentera itu turut dibina menggunakan input teknikal dari seluruh dunia.

SONY DSC

Ia menerapkan reka bentuk Itali, teknologi enjin Amerika Syarikat dan Eropah, kepakaran kotak gear Jerman, kerangka casis dari Mexico, lembaran logam stamping dari Jepun dan Korea. Selain menggabungkan kepakaran Sweden pada garis kimpalan robot, sekali gus membolehkan trak ini dirujuk sebagai ‘Trak Dunia’ oleh Tata Motors. Tata Prima ini disasarkan kepada para pemilik perniagaan pemasangan kenderaan dan rangkaian pengedaran logistik.

“Satu penghormatan kepada DRB-HICOM apabila TATA yang merupakan antara pengeluar trak dan bas terkenal di dunia, memilih untuk bekerjasama dengan kami untuk memulakan penglibatan mereka di pasaran Malaysia,” kata Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Tan Sri Mohd Khamil Jamil.

SONY DSC

Pengarah Eksekutif Kenderaan Komersial Tata Motors Ravi Pisharody menyatakan bahawa pelancaran Tata Prima dan trak pikup Xenon menandakan perkembangan berterusan bagi Tata Motors di rantau ASEAN.

Malaysia dan rantau ASEAN merupakan pasaran tumpuan untuk pelan perniagaan antarabangsa Tata Motors. Justeru, ia merancang untuk memperkenalkan beberapa lagi  produk dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

SONY DSC

Sebagai salah satu pengeluar terkemuka di dunia untuk segmen trak, bas serta pelbagai segmen kenderaan komersial, Tata Motors dilihat komited untuk membantu membentuk industri kenderaan komersial di Malaysia.

DHCV berhasrat untuk menembusi pasaran kenderaan komersial ringan (LCV), sederhana (MCV), berat (HCV) dan bas tempatan.

SONY DSC

Projek untuk memperkenalkan semula jenama Tata di Malaysia bermula pada September 2013 apabila DHCV menandatangani perjanjian pengimportan, pengedaran dan perjanjian lesen teknologi dengan Tata Motors.

Perjanjian itu membolehkan DHCV menjadi pengedar eksklusif kenderaan komersial Tata Motors, mengembangkan perniagaan pemasangan kenderaan dan rangkaian pengedarannya di Malaysia. Operasi pemasangan CKD akan dijalankan oleh HICOM Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn. Bhd. (HAMM) di Pekan. 

SONY DSC

Satu pelaburan baharu sebanyak RM10 juta juga akan disuntik untuk mengukuhkan operasi DHCV. Ini termasuklah penambahan pusat jualan baharu, pengedaran dan aktiviti selepas jualan berkaitan. Pelaburan itu penting selepas mengambil kira sokongan selepas jualan merupakan salah satu elemen utama dalam menyediakan pengalaman pemilikan yang terbaik untuk semua pelanggan Tata.

Pusat 3S juga telah dibina di Selayang untuk memudahkan sokongan selepas jualan dan memenuhi keperluan pemilik kenderaan Tata di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya. Kemudahan itu mempunyai 12 ruang servis, khidmat selepas jualan dan alat ganti di bawah satu bumbung.

SONY DSC

DHCV telah melantik tujuh pengedar di seluruh negara iaitu di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah. Para pengedar telah diberi sijil pelantikan semasa pelancaran tersebut yang turut menyaksikan penyerahan Tata Prima Prime Mover kepada dua pelanggan pertama DHCV, Konsortium Logistik Berhad (KLB) dan PUSPAKOM.
[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button