Buletin

AKIO TAKEYAMA: NAIB PENGERUSI BAHARU UMW TOYOTA

UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan bahawa Akio Takeyama dilantik sebagai Naib Presiden baharunya.

Akio-Takeyama- UMW-Toyota-mekanika

Beliau akan menggantikan tempat Datuk Takashi Hibi berkuat-kuasa mulai 1 Januari 2015.

Pelantikan Takeyama dilihat bakal mengukuhkan lagi operasi perniagaan UMW Toyota Motor. Ini kerana Toyota Motor Corporation Jepun melihat Malaysia sebagai salah satu pasaran paling membangun dan sofistikated di Asia, serta mempunyai masa depan yang cerah.

“Untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Takashi Hibi yang telah berkhidmat di UMW Toyota Motor selama lapan tahun, sememangnya memberi inspirasi dan cabaran kepada saya,” kata Takeyama.

Dengan pengalaman bertugas dalam Toyota Motor Corporation selama 30 tahun, Takeyama memiliki pengalaman serta pendedahan yang ekstensif di luar negara. Selain pengetahuan luas berkaitan industri automotif global.

Takeyama pernah berkhidmat di pasaran-pasaran seperti Eropah, Afrika, Ocenia, Asia Barat, India dan Malaysia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button