Buletin

DI CHINA, TESLA MODEL Y TERPAKAI LAGI MAHAL DARIPADA UNIT BAHARU 

Berikutan masalah bekalan chip dan kekangan akibat wabak OVID-19, pasaran kereta terpakai di China berkembang dengan cukup pesat. 

Jumlah kereta terpakai yang dijual pada tahun 2021 naik 22.6 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 17.5 juta unit. Harganya juga meningkat, sehingga menyebabkan beberapa unit terpakai Tesla Model Y menjadi AS$2,700 (RM11,300) lebih mahal berbanding yang baru. 

Sebuah pengedar kereta terpakai di Rongmei Road, Shanghai memberitahu mereka membeli dua unit Tesla Model Y dengan pacuan roda belakang baru dari kilang pada September 2021 pada harga  RMB276,000 (RM183,000). Kini harganya naik kepada RMB301,840 (RM200,000) dan pelanggan perlu menunggu sehingga enam bulan untuk memilikinya.

Ini menyebabkan harga unit terpakai Model Y telah naik sehingga RMB319,000 (RM211,300). Kelebihannya, pelanggan tidak perlu menunggu lama, bayar dan pandu. 

Melihat kepasa pasaran kereta terpakai di China, ia mula rancak pada tahun 2019 dengan nisbah dua unit kereta terpakai dijual bagi setiap unit kereta baharu. Angka itu dilihat semakin meningkat dan menjadi penyumbang penting kepada pasaran automotif republik berkenaan. 

Pertumbuhan kenderaan dengan tenaga baharu juga memberangsangkan. Ia didorong oleh nilai jualan semula yang semakin baik, pengurangan subsidi EV, masalah kekurangan chip dan bekalan. 

Google ads
Back to top button