Artikel Pilihan

BATERI TEKNOLOGI BARU TESLA, 1210KM SEKALI CAJ

Sebuah Tesla yang dipasang dengan bateri generasi baru berupaya dipandu sejauh 1210km dengan hanya satu pengecasan penuh menjadikan masalah “range anxiety” dianggap selesai sepenuhnya. Bateri tersebut dibangunkan oleh sebuah syarikat baru Our Next Energy (ONE) di Detroit dengan jarak perjalanan melebihi kereta berkuasa petrol dan diesel

Menurut CEO ONE Mujeeb Ijaz bateri teknologi baru yang digelar Gemini 001 memiliki jarak perjalanan 2 kali ganda daripada apa yang ditawarkan oleh Tesla Model S dan boleh dianggap sebagai penanda aras terbaru dalam teknologi EV pada hari ini. Malah Mujeeb juga yakin dengan jarak yang tinggi ia mendorong lebih banyak pembeli kenderaan memilih EV sebagai kenderaan utama

Prototaip bateri yang dibangunkan oleh ONE merupakan bateri rekaan bahan kimia terbaru yang berasaskan lithium iron fosfat dan ONE berharap mereka dapat membangunkan bateri ini bagi kegunaan komersial menjelang tahun 2023. Ketika ujian dijalankan, Tesla ini dipandu pada halaju malar 88.5km/jam di atas jalan raya

Ketika diuji di dalam makmal dengan keadaan ujian terkawal, unit prototaip ini mampu dipandu sejauh 1400km untuk satu pengecasan penuh. Bateri Gemini 001 menggunakan bahan yang lebih selamat dan lasak berbanding dengan bateri dengan mengurangkan kandungan nickel dan kobalt dan menggantikan kedua dua unsur ini dengan manganese dan grafit

Ketika dipasang pada Tesla Model S, bateri ini memiliki kandungan tenaga sebanyak 203.7 kWh. Disebabkan beberapa faktor luar kawalan seperti memandu pada halaju tinggi, laluan berbukit, keadaan cuaca dan juga muatan ONE menganggarkan jarak ini akan berkurang 35% atau menjadi 786km sahaja.

Google ads
Back to top button