Buletin

DISKAUN SEHINGGA RM5,000 UNTUK MODEL TERPILIH PERODUA!

Disember merupakan masa terbaik untuk anda membeli sebuah kereta Perodua. Ini kerana buat pertama kalinya, Perodua menawarkan diskaun sehingga RM5,000 untuk model terpilih.

“Christmas come early. Kami baru sahaja mengumumkan kempen jualan yang terbaik setakat ini dalam sejarah Perodua. Bagaimanapun, semua tawaran ini hanya sah untuk pendaftaran sepanjang bulan Disember sahaja,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rasyid Salleh.

perodua-december-2016-sales-mekanika-3

Diskaun tersebut melibatkan semua model keluaran Perodua iaitu Myvi, Alza, Axia dan Bezza. Jumlah diskaun bermula dari serendah RM500 sehingga RM5,000 bergantung kepada varian yang dipilih.

BACA – PROMOSI REBAT TUNAI FORD

BACA – SIRI PROMOSI JELAJAH MEGA MAZDA

Perincian diskaun adalah seperti jadual berikut:

perodua-december-2016-sales-mekanika-1

Menerusi kempen itu, Perodua berharap dapat mencatat jualan lebih tinggi berbanding rekod terbaiknya setakat ini iaitu 2,300 unit sebulan.

Untuk rekod, Perodua meletakkan sasaran untuk menjual 216,000 unit kenderaan pada tahun ini. Tetapi memandangkan kondisi pasaran yang cukup mencabar, Perodua hanya berjaya mencatat jumlah pendaftaran sebanyak 182,485 dari Januari hingga November 2016.

perodua-december-2016-sales-mekanika-4

Siapa kata jual kereta senang? Ada lagi yang nak kata kejatuhan nilai Ringgit bagus untuk negara?

Google ads
Back to top button