Buletin

DOMINO’S PERKENALKAN E-BIKE DXB DOMINO’S – REVOLUSI PENGHANTARAN PIZA

Domino’s Pizza Enterprises Ltd (Domino’s) baru-baru ini melancarkan e-bike serba maju yang bakal membawa revolusi baru kepada industri penghantaran makanan.

Dengan ketuhar kipas aliran udara panas dan sistem penyerap hentakan yang setanding dengan jet pejuang, dxb Domino’s direka cipta dengan kepakaran jitu untuk menjanjikan penghantaran paling lancar, pantas serta selamat.

Menurutnya, dxb turut menangani isu sering diabaikan oleh industri penghantaran makanan iaitu perjalanan dari restoran ke depan pintu anda.

Ciri-ciri kelebihan dxb juga membawa manfaat besar untuk bumi kita, dengan penyelesaian penghantaran mesra alam, di mana ia merupakan satu langkah penting ke arah mencapai matlamat kelestarian Syarikat.

Distabilkan oleh sistem suspensi terkini yang mengurangkan tekanan sebanyak 67 peratus, ia memastikan sifar gegaran pada piza, lantas membolehkan piza tiba di depan pintu anda seperti mana keadaannya semasa dibuat di restoran.

Di samping itu, kawalan suhu pada pizza pod iaitu bekas simpanan piza, memastikan sajian anda kekal panas (suhu 68 darjah Celsius) untuk kesegaran optimum.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan dan Pengarah Urusan Domino’s Pizza Enterprise Ltd, Don Meij berkata, syarikat sentiasa mementingkan usaha menambah baik pengalaman penghantaran.

Tambahnya lagi, dxb menjadi pilihan tepat selepas menguji segala pilihan pengangkutan daripada dron kepada kenderaan penghantaran kendiri, jet ski dan juga rusa kutub.

dxb akan digunakan secara beransur-ansur di lokasi-lokasi terpilih di 12 pasaran Syarikat, termasuk Malaysia, dengan rancangan untuk menggunakannya secara lebih meluas tidak lama lagi.

Google ads
Back to top button