
“KAMI TAK LIHAT INI SEBAGAI RISIKO. DUCASU TAK SETANDING DUCATI!” – NAIB PRESIDEN JUALAN GLOBAL DUCATI
Pada bulan lalu, sebuah jenama milik Shanghai Jianshe Motorcycle Technology Co.Ltd tanpa segan-silu mendedahkan model Ducasu DK400.
Ducasu DK400 adalah hasil daripada ‘copy & paste’ dari model Ducati SuperSport 950. Ducasu DK400 bagaimanapun tidak didatangkan bersama elektronik canggih seperti IMU enam paksi, ABS serta wheelie control.
Ducasu DK400 dipacu oleh nadi kembar selari 400cc, berupaya menghasilkan 25bhp, kurang daripada suku bagi jentera SuperSport.

Untuk harga pula, Ducasu DK400 dijual dengan tanda harga AS$2,742 (RM12,903). Sebagai perbandingan, Ducati SuperSport 950 boleh dimiliki pada harga bermula AS$19,248 (RM90,609).
Mengulas laporan berkenaan, baru-baru ini, naib presiden jualan global Ducati, Andrea Ferraresi mengatakan bahawa situasi ‘klon’ adalah normal untuk suatu jenama yang popular.
“Kami tidak melihat ini sebagai risiko,” katanya.
“Kenapa? Kerana motosikal mereka sememangnya tidak setanding berbanding jenama Ducati. Akhirnya, jika anda ingin memiliki produk Ducati, anda harus membeli Ducati,” jelas Ferraresi.
Pada suku tahun ini, angka jualan Ducati di China menjunam sebanyak 46 peratus, walaupun ekonomi China pulih daripada kemerosotan.
Menurut Ferraresi, Ducati yakin akan berlaku sebaliknya tidak lama lagi terutama sekali dengan jentera ditawarkan oleh Ducati di China.
“Pasaran China bukan sahaja sangat penting untuk Ducati, tetapi merupakan salah satu negara di dunia di mana jenama itu amat dihargai,” katanya.
“Saya pasti bahawa dalam jangka sederhana panjang, China bukan sahaja akan bersinar semula tetapi menjadi salah satu daripada tiga pasaran teratas di dunia.”
- BACA: SELAMBA TIRU DUCATI, PENGELUAR CHINA DEDAH JENTERA DUCASU DK400
- BACA: DUCATI PERKENALKAN HYPERMOTARD 698 MONO – TAMPIL AGRESIF, KUASA MENGAGUMKAN
- BACA: DUCATI SERTAI ITALIAN MOTORCROSS CHAMPIONSHIP – JENTERA BAHARU SEDIA TAMPIL PRESTASI TERBAIK
- BACA: DUCATI MULTISTRADA V4 RS DILANCARKAN – TAMPIL EKSKLUSIF, HAMBUR KUASA 180HP







