Buletin

DUA REMAJA MATI DALAM FORD FIESTA AKIBAT KERACUNAN ASAP

Keracunan asap karbon monoksida merupakan insiden yang sering meragut nyawa. Ia bukanlah perkara baru dan sejak industri automotif berkembang, banyak penambahbaikan dibuat untuk memastikan keluaran gas berbahaya ini tidak memudaratkan pemandu dan penumpang.

Namun kesedaran juga sangat penting di mana seperti yang dilaporkan oleh Telegraph UK. Dua remaja meninggal dunia dalam sebuah Ford Fiesta yang berpunca dari keracunan gas karbon monoksida. Siasatan mendapati, ia bepunca dari kesilapan anak muda ini mengubahsuai sistem ekzos asal kereta sehingga menimbulkan bencana.

Tom Putt dan Nikki Willis dikatakan tidak sedar gas berbahaya tersebut menyerap masuk dalam kabin kereta mereka. Dalam siasatan okleh polis daerah Essex memberitahu, kereta tersebut telah diubahsuai sistem ekzosnya. Tom PUtt dikatakan membuang catalytic converter untuk meningkatkan prestasi kereta.

Lebih malang lagi, beliau memotong hud hadapan kereta untuk membenarkan udara masuk. Ia menyebabkan ada jarak antara enjin dan ekzos yang menyebabkan udara luar masuk menerusi liang kecil di bawah cermin hadapan. Kadar karbon monoksida dalam kabin kereta tersebut 1,000 kali lebih banyak dari had selamat.

Ford telah memberi kerjasama sepernuhnya kepada pihak siasatan dan terbukti bahawa punca kemasukan karbon tadi adalah bermula dari pembuangan catalytic converter. Ia diburukkan lagi dengan modifikasi tambahan dan selebihnya adalah bencana yang menunggu masa.

BACA: SISTEM EKZOS, JANGAN UBAHSUAI SESUKA HATI

BACA: EKZOS ROWEN UNTUK SUBARU WRX STi

Google ads
Back to top button