Buletin

JIKA BMW NAK BUAT TRAK PIKAP, MUNGKIN INILAH RUPANYA

Trak pikap adalah satu pasaran yang besar, tidak lagi hanya dikaitkan dengan Autralia dan Amerika Syarikat sahaja. Trak pikap moden sudah lama berevolusi menjadi kenderaan urban yang sama canggihnya dengan SUV dan kereta penumpang biasa. 

Semakin banyak pemain baru dalam segmen ini yang tak mahu ketinggalan. Terbaru, Mercedes dengan trak pikap X-Class yang diusahakan bersama Nissan dengan platform Navara, Volkswagen ada Amarok dan lain-lain pengeluar memang sedia ada dengan barisan trak masing-masing yang diperbaharui setiap lima tahun.

Bagaimana dengan BMW?

Kita sedia maklum yang mereka cukup berjaya menerusi siri X SUV. Sama seperti Porsche yang dulu-dulu cukup tegar dengan prinsip buat kereta sport sahaja. Kemudian mereka terpaksa ikut arus permintaan yang kemudiannya menghasilkan Cayenne, kemudian buat 4 pintu Panamera dan kemudian buat lagi satu SUV Macan. Dalam perniagaan ni kau tak payah lah nak prinsip sangat, jual je apa yang orang nak beli kan?

Belum ada lagi berita dari BMW dan trak pikap tetpi imaginasi dibayangkan oleh Shoeb Kalania menerusi laman web indian auto blog. Beliau menggunakan BMW X5 sebagai platform dan sekali imbas, ia kelihatan cukup asli. Ia ditambah dengan rollbar belakang, arch roda, railing bumbung dan titik graviti yang ditinggikan.

Adakah akan jadi realiti? Dalam masa terdekat, jawapannya mungkin tidak. Sepertimana yang dikatakan oleh Hendrik von Kuenheim, BMW Group (Asia, Pasifik dan Afrika Selatan) pada 2015. Senior VP tersebut memberitahu BMW tidak akan membina pikap. Pun begitu CEO BMW Group Australia, Marc-Heinrich tahun lepas memberitahu media, BMW mungkin membinanya jika ada permintaan pada masa hadapan.

Ia bukanlah cakap-cakap kosong kerana BMW sudahpun mempunyai kerjasama bersama Toyota menerusi model Z4 (Supra) dan Corolla. Jadi, untuk melihat Hilux menjadi BMW adalah tidak mustahil kan?

BACA: PIKAP MERCEDES X-CLASS DILANCARKAN

BACA: TRAK PIKAP PALING BERKUASA DI UK AKAN DILELONG

 

 

Google ads
Back to top button