Motosikal

DUCATI DESMO450 MX DIDEDAHKAN

Ducati membuat kejutan apabila julung kalinya memperkenalkan jentera ‘motocross’ serba baharu ketika pelancaran pasukan MotoGP dan WorldSBK di Itali. 

Bagaimanapun, jentera tersebut – yang diberi nama Desmo450 MX – hanya akan memasuki peringkat pengeluaran pada separuh kedua 2025. 

Ini bermakna, info terperinci mengenai Desmo450 MX masih belum boleh didedahkan buat masa ini. Namun, berdasarkan gambar rasmi dikongsikan kami boleh rungkaikan beberapa perkara termasuk suspensi Showa, brek Brembo dan cakera Galfera yang merupakan jenama terkenal di Kejuaraan Dunia MXGP. 

Selain itu, berdasarkan nama yang diguna pakai pastinya Desmo 450 MX ini dikuasakan enjin satu silinder 450cc dengan valve ‘Desmodromic’ yang ikonik pada mesin Ducati.

Sementara itu, Ducati Desmo450 MX terlebih dahulu perlu melepasi penilaian homologasi ebelum dibenarkan bersaing di kejuaraan MX di Amerika Syarikat yang merupakan pentas tertinggi bagi perlumbaan motocross. 

Jika pengeluaran hanya akan berlaku pada pertengahan 2025, ini bermakna terdapat kemungkinan Desmo450 MX hanya akan beraksi di Amerika Syarikat sekitar 2026. 

Namun begitu, Ducati terlebih dahulu akan bersaing di siri Italian Motocross Pro 2024 bgai kelas Prestige MX1 di bawah pasukan Ducati Corse R&D Factory MX Team. 

Google ads
Back to top button