Buletin

DUCATI TERUS BERINOVASI UNTUK PEMINAT, TIDAK MAHU KETINGGALAN

Sesuai zaman, kewujudan teknologi baharu seperti perisian elektronik memainkan peranan besar dalam memastikan suatu jenama kekal relevan di mata peminat seterusnya membolehkan ia terus bersaing di industri.

Sejak 15 tahun lalu, Ducati tidak mahu ketinggalan dalam inovasi teknologi dan hasilnya boleh dilihat menerusi beberapa model disertakan dengan ciri moden, sesuai citarasa terkini.

Melihat semula ke belakang, Ducati ialah pengeluar pertama memperkenalkan Traction Control pada tahun 2008 bagi model 1098R, lampu hadapan LED disertakan pada Streetfighter 1100 (2009) dan 2010, Ducati mempersembahkan motosikal pertama di dunia yang mampu “mengubah watak” berkat kehadiran Driving Mod menerusi Multistrada 1200 S.

Sejak itu, Ducati terus memacu industri di mana pada tahun 2020, Ducati menjadi pengeluar motosikal pertama memperkenalkan Kawalan Pelayaran Adaptif serta Blind Spot Detection systems bagi model Multistrada V4.

Terkini, Ducati muncul dengan sistem canggih untuk Multistrada V4 Rally iaitu sistem yang menutup kedua-dua silinder belakang bagi mengurangkan penggunaan bahan api dan haba.

Ducati mendakwa bahawa penyelesaian elektronik memungkinkan untuk memperhalusi watak setiap jenteranya selain, memuatkan ABS Cornering dan Traction Control sebagai standard.

Semua ini boleh diringkaskan dan dikenal pasti di sebalik label “Ducati method”, telah membenarkan syarikat Borgo Panigale mencipta, dari tahun ke tahun, produk yang lebih inovatif termasuk mempertingkatkan kualiti keluarannya.

Dengan pencapaian ini, ia sekali gus membuktikan komitmen strategik Ducati untuk menawarkan motosikal terbaik kepada Ducatisti.

Google ads
Back to top button