Buletin

MERCEDES-BENZ G-CLASS FACELIFT 2024 DIKUASAKAN ELEKTRIK, TINGKAT AERODINAMIK

Business Insider melaporkan bahawa produksi Mercedes-Benz G-Class akan ditamatkan pada awal tahun 2024.

Memetik laporan berkenaan, Mercedes-Benz bagaimanapun bakal memperkenalkan model G-Class versi facelift, di mana ia dijana oleh kuasa elektrik.

Tambahnya, G-Class facelift kelihatan agak serupa dengan model semasa tetapi Mercedes-Benz telah mengesahkan ia akan meningkatkan aerodinamik dengan banyak.

“Apabila anda melihat lebih terperinci kelak, anda akan mengetahui kami mengubah banyak perkara,” kata bos unit perniagaan G-Class, Dr. Emerich Schiller.

“Kebanyakan pelanggan tidak akan melihatnya, walaupun mereka berdiri di hadapan kereta, tetapi ia mempunyai peningkatan sangat dramatik kepada aerodinamik.

“Kami benar-benar meningkatkan aerodinamik tanpa mengubah reka bentuk, dan apa yang kami pelajari dengan versi elektrik akan kami letakkan pada kereta enjin pembakaran.”

“Jadi apabila facelift dilancarkan tahun depan, kereta-kereta itu bakal mempunyai peningkatan aerodinamik juga, termasuk pengurangan penggunaan bahan api sangat besar,” tambahnya.

Google ads
Back to top button