
DUCATI DESERTX 2023 KINI DENGAN LIVERI RR22 BAHARU, CIRI TEKNIKAL MASIH SAMA, HARGA BERMULA RM115K
Sejak dilancarkan awal tahun ini, Ducati DesertX 2023 menjadi pilihan ramai dalam segmen ADV dan kini, jentera itu tiba dengan livery RR22 baharu.
Diinspirasikan dari Audi RS Q e-tron, livery RR22 direka oleh pereka Ducati’s Style Center. Melihat lebih terperinci, livery RR22 dipadankan bersama warna hitam, kelabu serta merah, menampilkan grafik yang memberi penghormatan kepada teknologi canggih dimiliki Audi RS Q e-tron.
Bukan itu sahaja, ia diserlahkan lagi melalui aksen merah pada pelana berwarna hitam, memberi gaya lebih agresif dan sangat sesuai dengan karakter Ducati DesertX.

Walau bagaimanapun, Ducati DesertX 2023 masih mengekalkan ciri-ciri teknikalnya, dikuasakan oleh enjin Testastretta 937cc, berupaya menghasilkan 110hp.
Ducati DesertX 2023 menggunakan tayar bersaiz 21-inci (hadapan), 18-inci (belakang), sementara suspensi depan dan belakang, masing-masing 9.1-inci serta 8.7-inci. Ia juga dilengkapi sistem brek Brembo.
Liveri RR22 kini boleh dimiliki, di samping skema warna Star White Silk, berharga RM112,900.00, manakala RR22 Matt Saturn Grey baharu diberi tanda harga RM115,900.00.
Untuk makluman, Ducati turut menawarkan pemilikan lebih pantas dan mudah menerusi pembiayaan kredit Ducati Corse bagi semua model Ducati serta Scrambler.
Pelan pembiayaan berkenaan adalah skim pembayaran balik yang fleksibel, kelulusan lebih pantas, kadar faedah serendah 4.88 peratus selain, pilihan bayaran muka 10 peratus.
Untuk menerima kemas kini dan maklumat lanjut tentang jenama, produk dan produk Ducati, ikuti Ducati Malaysia di Facebook atau Instagram.
GALERI:









- BACA: DUCATI PANIGALE V2 BLACK ON BLACK LIVERY, BAWA IMEJ MISTERI DAN BERGAYA
- BACA: DUCATI MALAYSIA LANCAR PANIGALE V4 R DAN MONSTER SP – HARGA BERMULA RM98K
- BACA: DUCATI MALAYSIA TAWAR #RIDE4FREE UNTUK JENTERA DUCATI MONSTER 937, HYPERMOTARD 950 DAN RVE
- BACA: PUBG JALIN KERJASAMA DENGAN DUCATI – TAWAR DUCATI V4 S SERTA BARANGAN PERIBADI






