
JENAMA CHINA BAKAL HADAPI MASALAH PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN? – AMBIL TEMPOH LAMA UNTUK SETTLE DOWN
Bagi pemilik kereta, perkara diambil kira bukan sahaja tentang spesifikasi, harga tetapi hal perlu dititikberatkan adalah perkhidmatan selepas jualan bagi kereta baharu terutamanya jenama keluaran asal China.
Jadi, mengapa jenama China akan menghadapi masalah perkhidmatan selepas jualan di Malaysia?
Sebagai contoh, Proton, selepas Geely memperoleh hampir separuh daripada ekuiti Proton, pembuat kereta itu menghadapi kesukaran untuk dua tahun pertama.

Memiliki lebih 200 bilik pameran di Malaysia, Proton bagaimanapun pada mulanya mempunyai masalah untuk perkhidmatan selepas jualan, sama ada dari segi pembaikan, kekurangan kakitangan serta perkhidmatan berkaitan.
Walau bagaimanapun, pengguna kereta nasional itu boleh menarik nafas lega setelah ia kini mula berada di landasan yang betul.
Dalam situasi pembuat kereta dari China, mereka bakal berhadapan dengan permasalahan seperti kekurangan alat ganti serta tenaga kerja berpengalaman selain perlu bersabar lebih dari setahun atau dua tahun bagi mengeluarkan alat ganti dalam negara.
Walau bagaimanapun, perkara ini tidak terjadi pada pembuat kereta dari Jepun yang mempunyai kelebihan dalam rantaian bekalan alat ganti tempatan.
Selepas beberapa dekad pembangunan, rantaian bekalan alat ganti domestik atau Jepun sudah sangat maju dan lengkap, walaupun dalam tempoh PKP.
Meskipun jenama ini terjejas kerana kekurangan alat ganti dan sebagainya berbanding jenama lain, impaknya jauh lebih kecil.
Oleh itu, jenama China baharu berada di pasaran Malaysia perlu mengambil kira aspek ini sebelum ia menjadi lebih teruk pada masa akan datang.
Setakat ini, hanya GWM dan beberapa jenama China lain, melakukan kerja dengan baik, bukan sekadar menyediakan peralatan yang bagus tetapi juga perkhidmatan selepas jualan. – Automachi
- BACA: BYD LANCARKAN PAKEJ SERVIS LEPAS JUALAN, DARI 3 HINGGA 8 TAHUN
- BACA: TOYOTA PEGANG TAKHTA PENGELUAR BUKAN NASIONAL NO.1 – CATAT JUALAN KESELURUHAN 101,035 UNIT TAHUN 2022
- BACA: PENGEDAR SAAB TAIWAN MASIH KOMITED BERKHIDMAT UNTUK PELANGGAN SELEPAS SEDEKAD JENAMA BERKUBUR – RESPEK
- BACA: PEMILIK LEXUS, MINI PALING BERPUAS HATI DENGAN PERKHIDMATAN PENGEDAR MASING-MASING DI US