Buletin

MOTORSPORT AUCTIONS JUAL SATRIA NEO MILLINGTON 2.5 LITER. HARGA RM431K DUA BULAN LALU!!!

Jenama Proton bukanlah nama baharu dalam sukan pemotoran antarabangsa.

Bahkan, satu ketika dahulu, sukan pemotoran rali pernah menjadi ikutan peminat automotif tanah air terutama golongan muda.

Ladang-ladang kelapa sawit yang menjadi ‘litar’ perlumbaan sentiasa dipenuhi peminat apatah lagi ingin melihat aksi ‘terbang’  anak Malaysia, Karamjit Singh.

Walaupun hanya beberapa saat, peminat tetap berpuas hati  menyaksikan sendiri lelaki yang lebih dikenali sebagai Flying Sikh dalam kalangan pelumba antarabangsa.

Karamjit dan  Allen Oh pernah dinobatkan sebagai Juara Kejohanan Rali Dunia (WRC) dalam kategori Group N ataupun kelas produksi pada tahun 2002 sehingga melakar nama negara di pentas dunia.

Selain dua wira negara terbabit, Mellor Elliots Motorsport (MEM) merupakan antara nama yang cukup sinonim dengan Proton dan pentas rali.

Bahkan, MEM pernah menyediakan Satria Neo S2000 untuk Proton Motorsports  British dan menepati piawaian FIA Super 2000.

Ia dibangunkan menggunakan casis asal sama seperti kereta kegunaan di jalan raya. Ia mula dibangunkan seawal tahun 2009 khusus untuk siri Super 2000.

MEM masih setia bersama jenama Proton dengan membangunkan model Iriz R5 dalam perlumbaan rali.

Mungkin ada penggemar jentera rali yang dibangunkan MEM ini.

Jangan khuatir, dalam laman Motorsports Auction terdapat sebuah Proton Satria Neo Millington 2.5 liter yang menanti pemilik baharu.

Melalui iklan itu, jentera rare didatangkan nombor pendaftaran YN09 DOH mendapat khidmat enjin 2500 Series 2+ dan kotak gear diperiksa oleh MEM selepas menyertai dua perlumbaan lalu.

Selain itu, suspensi reiger dibangunkan semula, dilengkapi brek AP baharu, hubs baharu, shaft dan mendapat sentuhan cat semula.

Ia dikatakan pernah meraih tempat ketiga teratas dalam peringkat perlumbaan rali dan mengalahkan jentera WRC serta R5.

Biarpun, tidak terdapat harga pada iklan berkenaan tetapi laman Facebook Melvyn Evans Motorsport pernah mengiklankan jentera sama pada bulan Ogos lalu.

Jangan terkejut harga jentera berkenaan dua bulan lalu mencecah  £79,500 (RM431,330)!!!

Google ads
Back to top button