
FERRARI 166 SPYDER CORSA 1948 INGIN DILELONG DENGAN ANGGARAN HARTA RM25.5 JUTA SAHAJA!
Broad Arrow Auctions sangat teruja untuk mengumumkan penghantaran sebuah model yang dianggap oleh ramai sebagai salah satu model Ferrari awal paling asli yang masih wujud pada acara Concorso d’Eleganza Villa d’Este Auction.
Belum pernah ditawarkan untuk jualan awam, model Ferrari 166 Spyder Corsa 1948 dengan Coachwork oleh Carrozzeria Ansaloni (Anggaran: €5.500.000 – €7.500.000 – RM 25.5 Juta – RM34.7 Juta), adalah salah satu daripada dua contoh yang dibeli oleh Besana brothers, pelanggan terawal Ferrari ketika itu. Terutamanya, Spyder Corsa yang ditawarkan, nombor casis 004 C, menduduki tempat keenam keseluruhan pada Targa Florio 1948 dan merupakan veteran perlumbaan Mille Miglia 1948 dan 1949, sambil turut membanggakan persaingan untuk Formula Dua

Lengkap dengan dokumen pensijilan Ferrari Classiche White Book dengan badan asalnya, casis, enjin 2.0 liter V12, dan kotak gear perlumbaan lima kelajuan ini mempunyai kuasa kira – kira 130 HP dan mampu mencapai sehingga 140 HP dengan mampatan yang lebih tinggi dan menggunakan bahan api alcohol. Ferrari juga telah memadankan karburator dual-barrel Webber.
Kuasa pecutan dari 0 ke angka 100 km/j cuma dalam tempoh 6.9 saat sahaja, suatu angka yang cukup laju untuk era tersebut.
Model yang klasik ini dilengkapkan lagi dengan milikan keluarga selama 50 tahun dari 1965 hingga 2015 dengan pelbagai karya editorial yang mendalam dan mengagumkan tentang model yang benar – benar klasik ini.

Kereta itu telah menerima pelbagai anugerah, termasuk anugerah kelas Pebble Beach Concours d’Elegance 2004 selain dipamerkan di Pebble Beach dalam Casa Ferrari pada 2019 dan 2022. Penghargaan selanjutnya termasuk Persembahan Terbaik di Pertemuan Kebangsaan FCA 2003, Cavallino dan Anugerah Platinum FCA, dan dipamerkan sebagai kereta ciri di Cavallino Classic 2006.
Broad Arrow akan mengadakan lelongan sulungnya di Eropah dengan kerjasama BMW AG sebagai rakan kongsi lelongan rasmi Concorso d’Eleganza Villa d’Este Broad Arrow teruja untuk mempersembahkan 70 kereta pengumpul berkualiti tinggi dengan pengalaman lelongan premium semasa hujung minggu Concorso yang akan diadakan di tepi Tasik Como.
BACA : FERRARI 250 GT CALIFORNIA SPYDER TIRUAN INI DILELONG PADA HARGA RM1.6 JUTA!
BACA : PORSCHE 550 SPYDER 1955 ‘TERPERAM’ SELAMA 35 TAHUN DIJUMPAI DALAM KONTENA