" "
Artikel Pilihan

e-TNGA: PLATFORM BARU TOYOTA BERKUASA ELEKTRIK. LEPAS NI MYVI EV?

Samaada kita suka atau tidak suka, masa depan dalam teknologi kuasa dan mobiliti akan bergerak ke arah penggunaan teknologi elektrik. Negara Eropah dan Jepun sudah mengumumkan polisi kenderaan elektrik sahaja emnejalang tahun 2030 memaksa pemain automotif utama dunia membangunkan kenderaan berkuasa elektrik yang lebih berdaya saing.

Terbaru Toyota Motor Corporation mengumumkan mereka bakal menghasilkan kereta dan juga crossover yang berasaskan platform Toyota New Global Architecture atau TNGA dalam derivatif kenderaan elektrik yang dinamakan sebagai e-TNGA. Beradsarkan temubual Automotive News, Ketua Jurutera e-TNGA Koji Toyoshima menggariskan beberapa aspek teknikal kereta Toyota berkuasa elektrik seperti:

  1. Kapasiti bateri dengan kuasa antara 50kWh sehingga 100kWh
  2. Jarak perjalanan bagi model kecil ialah 300km untuk satu pengecasan penuh atau 600km bagi model yang besar
  3. 2 jenis motor bersaiz antara 80kw sehingga 150kw
  4. Menggunakan konfigurasi pacuan depan, belakang atau semua roda AWD

Dalam aspek kejuruteraan platform e-TNGA, 3 komponen utama cesi yang boleh diubah mengikut saiz kenderaan akan diperkenalkan dengan bahagian depan cesi, bahagian tengah cesi yang menyimpan bateri, bahagian belakang, bateri dan juga jenis motor elektrik yang akan digunakan. Semua bahagian ini boleh diubahsuai mengikut keperluan rekaan kenderaan secara spesifik

Bagi rekaan luar, Toyota dikatakan akan menggunakan DNA pemanduan serta penggayaan yang mirip kereta Eropah berdasarkan temuramah antara Autocar dengan Toyota Product Development Europe, Andrea Carlucci. Bagi mencapai pasaran yang luas, Toyota akan bekerjasama dengan subsidiari mereka iaitu Subaru, Daihatsu dan juga Suzuki bagi model kecil / Kei Car.

Bagi memastikan bekalan bateri mencukupi untuk keperluan Toyota, mereka telah lama menjalinkan kerjasama rapat dengan Panasonic dan terbaru ialah Primearth EV Energy. Bukan itu sahaja, Toyota akan bekerjasama dengan pengeluar bateri utama dubia seperti CALT, BYD, GS Yuasa, dan juga Toshina

Kalau dah ada penglibatan Daihatsu, teka-teki seterusnya ialah bila Perodua nak buat kereta elektrik? Jeng jeng jeng. Bayangkan kalau Myvi berkuasa elektrik…

Google ads
Back to top button