Buletin

EAVan, BASIKAL + VAN UNIK UNTUK HANTAR BARANG

Masalah pencemaran udara dan perubahan iklim adalah sesuatu yang serius. Dalam hal ini beberapa kerajaan di dunia telah pun mengambil beberapa langkah supaya ia tidak bertambah buruk.

Di antaranya ialah melalui undang-undang dan galakan kenderaan mesra alam. Selain itu ada juga golongan yang prihatin dan mahu membantu.

Maka lahirlah Electric Assisted Vehicle Limited (EAV) pada tahun 2018, sebuah syarikat terdiri daripada sekumpulan bekas jurutera F1 dan aeroangkasa dan eksekutif industri automotif.

Produk pertama EAV ialah ialah EAVan yang merupakan sebuah basikal berbumbung dengan kuasa elekrtrik dan kotak kargo di belakang.

EAVan dikeluarkan di Oxfordshire, United Kingdom dan reka bentuknya benar-benar. Ia ibarat tuk-tuk dengan roda empat tetapi digerakkan oleh pedal yang mempunyai bantuan elektrik.

EAVan adalah alternatif kepada kenderaan bermotor yang merupakan agen kepada pencemaran.

Idea ini nampaknya menemui jalan positif apabila EAV mengumumkan mereka sudah menerima tempahan daripada syarikat pos dan penghantaran bungkusan Norway iaitu Posten Norge dan subsidiari mereka, Bring.com .

EAVan adalah sebuah basikal kargo elektrik (eCargo) dengan kapasiti 1m³ hingga 3m³ dan berat 120 kg yang mengikut piawaian peraturan sebuah basikal elektrik (eBikes).

Fungsi EAVan ialah sebagai kenderaan untuk menghantar barangan dengan muatan kecil atau sederhana tanpa memerlukan kenderaan biasa seperti van atau lori.

Ideanya mudah, hantar barang tidak memerlukan menggunakan petrol atau diesel seterusnya dapat mencegah daripada mencemarkan alam sekitar. Saiznya juga kecil, tidak mendatangkan pencemaran bunyi dan cekap untuk digunakan di bandar raya.

Kos penggunaan dan penyelenggaran juga sudah pasti tidak setinggi van atau lori penghantaran.

Buat peringkat awal EAVan akan digunakan di beberapa bandar seperti Oslo, Stockholm dan Copenhagen dalam masa beberapa bulan akan datang.

Syarikat EAV akan cuba memeterai beberapa lagi pembelian di Eropah dan harapnya mereka membawa produk mesra alam ini ke benua Asia juga.

Selain fungsi asas yang dinyatakan, kami berpendapat EAVan turut berpotensi digunakan untuk khidmat penghantaran barang atau makanan di dalam bandar yang popular di negara kita sekarang ini.

BACA: CVT: ANTARA MITOS DAN REALITI

BACA: PENAPIS MINYAK MOTOSIKAL APRILIA & MOTO GUZZI HANYA RM10 – SIAPA KATA SERVIS MAHAL?

BACA: NISSAN MICRA 2019, CANTIK KAN?

Google ads
Back to top button